Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457955
Title: | Modulasi pecahan kaya tokotrionel (TRF) pada molekul sinaptogenik dalam penuaan caenorhabditis elegans |
Authors: | Ambhighavathe Siva Sarmugam (P67163) |
Keywords: | Kaya tokotrionel Molekul sinaptogenik Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 2014 |
Description: | Penurunan kognitif adalah salah satu kebimbangan yang meningkat menyebabkan penurunan dalam kualiti hidup dari segi fungsi eksekutif, emosi dan ekonomi. Fungsi kognitif amat bergantung kepada keberkesanan fungsi sinaps dalam transduksi maklumat yang bergantung kepada keplastikan sinaps. Keplastikan sinaps bergantung kepada fungsi selular dan biologi sinaps seperti neurotransmiter dan reseptor neurotransmiter, kepekatan kalsium, vesikel-vesikel sinaps dan pengekspresan gen dan protein sinaps. Kajian terbaru menunjukan bahawa, pengekspresan protein dan gen berubah dalam penuaan biologi, mempengaruhi fungsi keplastikan sinaps yang secara langsung memberi kesan terhadap kognitif. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan pecahan kaya tokotrienol (TRF) ke atas ekspresi RNA dan protein sinaptogenik seperti Syd-2, Sad-1 dan Aex-3 dalam penuaan C.elegans. Ekspresi molekul-molekul tersebut ditentukan pada hari ke-2, ke-8 dan ke-13 kedewasaan nematod melalui kaedah qRT-PCR dan elektroforesis blot barat di samping pemerhatian perubahan keamatan Protein Fluoresen Hijau (GFP) dalam neuron C.elegans dengan menggunakan mikroskop fluoresen. Hasil kajian menunjukan, keamatan GFP tidak menunjukkan sebarang perubahan dalam kedua-dua kumpulan nematod kawalan dan rawatan. Kajian ini, mendapati ekspresi RNA yang mengekod protein sinaptogenik telah mengalami penurunan dalam penuaan C.elegans. Ekspresi protein-protein sinaptogenik juga turut menurun dengan ketara (p<0.05) dalam penuaan. Rawatan dengan 50 μg/ml TRF telah mengubah ekspresi kedua-dua RNA dan protein pada hari ke-2 dan ke-8 kecuali pada hari ke-13. Ekspresi RNA dan protein Syd-2, Sad-1 dan Aex-3 meningkat dengan ketara (p<0.05) apabila dirawat sehingga hari ke-2. Kesimpulannya, TRF meningkatkan pengekspresan RNA dan protein sinaptogenik dalam fasa awal perkembangan nematod.,Sarjana Sains Perubatan |
Pages: | 78 |
Call Number: | QU20.A492m 2014 9HUKMPRA tesis |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_78117+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.26 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.