Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457948
Title: Status apoptosis kompleks kumulus-oosit lembu dalam meningkatkan persenyawaan in vitro menggunakan Asai Annexin V
Authors: Nurhaslina binti Hasan (P50277)
Keywords: Persenyawaan in vitro
Issue Date: 22-Aug-2013
Description: Morfologi kompleks oosit-kumulus (COC) merupakan rujukan utama dalam pemilihan oosit yang berpotensi untuk dikembangkan menjadi embrio secara in vitro. Namun begitu, laporan menunjukan bahawa kaedah pemilihan ini menjurus kepada kesilapan akibat ralat pemerhatian dan manusia. Terbaru, status apoptosis menggunakan asai annexin dikatakan mampu mengatasi isu ini. Kajian ini telah membandingkan kadar persenyawaan di antara COC yang telah ditentukan status apoptosisnya menggunakan asai annexin berserta dengan COC yang secara morfologinya berkualiti baik. COC dengan ciri morfologi yang baik di dalam kajian ini merupakan COC dengan jasad kumulus yang berlapis-lapis dan padat, ooplasma yang homogenus serta keseluruhan COC kelihatan lutsinar. Masa pengikatan yang sesuai di antara Annexin V dengan COC ditentukan bagi mengurangkan kebarangkalian gangguan pada pertumbuhan sel tersebut akibat pewarnaan berpendafluor. Ini dilaksanakan menggunakan 82 COC lembu yang diinkubasi dengan asai Annexin V selama 5, 15 dan 1440 minit. Hasil menunjukan pengikatan di antara Annexin V dengan COC apoptosis telah berlaku seawal 5 minit dengan COC yang ditandai positif dan negatif masing-masing sebanyak 44 (53.7%) dan 38 (46.3%). Sebanyak 157 COC yang lain pula diinkubasi dengan asai annexin V selama 5 minit dan kemudian diasingkan kepada dua kumpulan ; positif (n=76) dan negatif (n=81) ditanda dengan isyarat berpendafluor Annexin V-FITC dan propidium iodida. Setelah diasingkan, kedua-dua kumpulan tersebut dan juga COC yang tidak diwarnakan dengan asai annexin V (n=68; kawalan) dimatangkan. Kumpulan kumulus oophorus (COC) ini kemudian disenyawakan dan dikulturkan (IVM-IVF-IVC). Selepas 72 jam post inseminasi , kadar persenyawaan ditentukan. Hasil menunjukan kadar persenyawaan kumpulan kawalan (66%), kumpulan negatif (79%) dan positif (50%) untuk COC yang ditanda adalah berbeza dengan signifikan (χ² (2) = 14.60, p < 0.05). Kesimpulan, COC yang menunjukan ciri morfologi sihat adalah campuran di antara oosit hidup dan mati. Asai Annexin ini mampu mengasingkan COC yang mempunyai nilai potensi yang tinggi untuk disenyawakan.,Master/Sarjana
Pages: 67
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76975+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.05 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.