Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457947
Title: Oksidatif stre dan profil lipid pada arnab hiperkolesterolemia yang diberikan piper sarmentosum
Authors: Farrah Shafeera Ibrahim (P37966 )
Supervisor: Zaiton Zakaria, Prof. Madya Dr
Keywords: Oksidatif stre
Hiperkolesterolemia
Issue Date: 2011
Description: Terdapat banyak tumbuh-tumbuhan berfenol yang bersifat antioksidatif, antibakteria, antikanser dan mempunyai kapasiti untuk mengaruh radikal bebas serta dapat menghindari dari penyakit koronari seperti Piper sarmentosum (PS). Walaubagaimanapun, masih belum banyak kajian saintifik yang dilakukan terhadap kesan tumbuhan herba ini pada hiperkolesterolemia. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui kesan ekstrak akues PS terhadap profil lipid, peroksidasi lipid dan status antioksidan pada arnab yang diberikan diet tinggi kolesterol. Sebanyak 36 ekor arnab New Zealand White yang digunakan sepanjang kajian (10 minggu) telah dibahagikan kepada enam kumpulan dan telah diberikan diet normal chow arnab (kumpulan kawalan, n=6) dan diet tinggi kolesterol 1% (kumpulan diet tinggi kolesterol, n=6). Empat kumpulan lain diberi diet tinggi kolesterol dan suplemetasi PS pada empat dos yang berbeza iaitu, 62.5mg/kg (kumpulan PS1, n=6), 125mg/kg (kumpulan PS2, n=6), 250mg/kg (kumpulan PS3, n=6) dan 500mg/kg (kumpulan PS4, n=6). Selepas 10 minggu rawatan, sampel darah dan tisu diambil. Paras kolesterol jumlah (TC), lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) meningkat dengan signigikan manakala terdapat corak penurunan pada paras lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL). Bagi kumpulan pasca rawatan yang diberikan PS, corak penurunan bagi paras TC, LDL dan TG dapat diperhatikan. Sementara itu, diet tinggi kolesterol juga telah meningkatkan aras malondialdehid (MDA) plasma meskipun tiada sebarang perubahan pada analisis paras TBARS hepar kecuali bagi kumpulan PS4. Aktiviti superoksida dismutase (SOD) dan glutation peroksidase (GPX) sel darah merah serta SOD dan katalase (CAT) tisu meningkat secara signifikan. Walaubagaimanapun administrasi PS telah menurunkan paras MDA (PS1, PS2 dan PS4) yang menunjukkan penurunan aktiviti peroksidasi lipid, dan SOD dan CAT (sampel darah dan tisu) dibandingkan dengan kumpulan HC. Penurunan paras status antioksidan berkenaan dapat dikaitkan dengan kesan pelindung antioksidan di dalam PS. Namun, tiada perubahan yang dapat dilihat bagi GPX samaada di dalam sampel darah atau tisu dalam semua dos yang diberikanberbanding kumpulan HC. Kajian ini telah menunjukkan, pengambilan PS telah berjaya memperbaiki mekanisme pertahanan antioksidan , profil lipid sekaligus mengurangkan peroksidasi lipid bagi model experimen yang diberikan diet hiperkolesterolemia.,Master/Sarjana
Pages: 133
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75276+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.88 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.