Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457946
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Siti Fatimah Bt. Ibrahim, Dr. | |
dc.contributor.author | Farah Hanan Fathihah Jaffar (P53438) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T01:48:49Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T01:48:49Z | - |
dc.date.issued | 2013-02-05 | |
dc.identifier.other | ukmvital:74982 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457946 | - |
dc.description | Penyediaan sperma berkualiti tinggi merupakan komponen penting dalam pelaksanaan teknik bantuan kehamilan. Bagi mencapai objektif ini, teknik seperti swim-up dan pengemparan kecerunan ketumpatan digunakan secara meluas. Walaupun begitu, kaedah yang disenaraikan ini menyebabkan kerosakan kepada sperma melalui penghasilan spesies oksigen reaktif. Maka, kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji kaedah alternatif iaitu pemisahan sperma secara elektroforesis. Semen lembu segar telah digunakan sebagai sampel. Terdapat dua fasa dalam melaksanakan kajian ini. Fasa pertama adalah penentuan voltan dan minit pemisahan yang optimum. Voltan yang digunakan adalah 10V, 20V, 30V, 40V, 50V dan 60V. Manakala tempoh pemisahan ialah 2 minit, 4 minit, 6 minit, 8 minit, 10 minit dan 12 minit. Hasil kajian mendapati pemisahan pada 20V,6 minit memberikan populasi dengan peratusan sperma hidup melebihi 80%, peratusan sperma bergerak melebihi 70% dan kerosakan DNA yang paling rendah berbanding voltan lain, 10V(z = −2.185, p<0.05), 30V(z = −4.989, p<0.001) dan 40V(z = −7.477, p<0.001). Fasa kedua melibatkan pengekstrakan dan pengenalpastian fosfolipid serta protein sperma pada populasi 20V dan 6 minit. Pengenalpastian fosfolipid adalah melalui GCMS manakala protein melalui alat MALDI-TOF/TOF. Kandungan fosfolipid dan protein bagi populasi ini dibandingkan dengan sperma yang tidak melalui pemisahan dan sperma yang masih berada di tempat injeksi selepas tamat minit pemisahan. Pencirian fosfolipid menunjukkan sperma yang dipisahkan mengandungi fosfatidil inositol (0.06mg/ml) dan fosfatidil kolin (1.38mg/ml) lebih tinggi berbanding kedua-dua kumpulan kawalan. Terdapat dua jenis protein yang bersifat negatif diekpres secara unik iaitu protein sperm equatorial segment (p<0.01) yang memainkan peranan penting dalam persenyawaan dan lamin A/C (p<0.05) yang mengekalkan kestabilan bentuk nukleus sperma. Kesimpulannya, 20V dan 6 minit diperlukan bagi sistem ini untuk memisahkan sperma kepada populasi yang berkualiti tinggi. Populasi yang terhasil pula mempunyai ciri yang unik iaitu mempunyai struktur membran yang utuh serta berpotensi tinggi untuk persenyawaan.,Master | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | |
dc.relation | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Pencirian Fosfolipid Dan Protein Sperma Lembu | |
dc.subject | Pencirian Fosfolipid Yang Diasingkan Secara Pemisahan Elektroforesis | |
dc.subject | Protein Sperma Lembu Yang Diasingkan Secara Pemisahan Elektroforesis | |
dc.subject | Pemisahan Elektroforesis | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia--Dissertations | |
dc.title | Pencirian Fosfolipid Dan Protein Sperma Lembu Yang Diasingkan Secara Pemisahan Elektroforesis | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 142 | |
dc.identifier.barcode | 000470 | |
Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74982+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 3.83 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.