Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457880
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Hanna Melini Wan Mohtar, Prof. Madya. Dr.
dc.contributor.authorSilambarasi Moorali Tharan (P103100)
dc.date.accessioned2023-09-12T09:14:44Z-
dc.date.available2023-09-12T09:14:44Z-
dc.date.issued2022-01-30
dc.identifier.otherukmvital:131131
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457880-
dc.descriptionDi negara berkembang pesat seperti Malaysia, jumlah, kualiti dan corak air sisa domestik adalah dinamik dan tidak dapat diramalkan disebabkan oleh peningkatan populasi dan perubahan iklim. Cabaran untuk merendahkan pelbagai jenis bahan pencemar adalah untuk mencari kaedah kos rendah, berteknologi rendah, mesra pengguna, yang pada satu pihak mengelak daripada ancaman alam sekitar kita dan sebaliknya melindungi kemerosotan sumber asli kita yang berharga. Teknologi berasaskan kulat, miko-remedisasi mempunyai perkembangan berpotensi sebagai alternatif yang berkesan untuk merawat air sisa industri kerana enzim yang terdapat dalam kulat berpotensi tinggi untuk memecahkan bahan cemar yang kompleks secara oksidatif. Berdasarkan ciri-ciri yang tidak berbahaya dan potensi degradasi yang tinggi dalam Ganoderma lucidum, kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan air sisa domestik sintetik dalam pengurangan COD dan Ammonia dengan menggunakan halaju pengadukan dan kepekatan (nisbah C/N) air sisa domestik yang berbeza sebagai parameter. Eksperimen telah diset dalam reaktor berkelompok berskala makmal. Reaktor- reaktor berisipadu 1000 mL air sisa sintetik dalam keadaan aerobik telah dijalankan. Jumlah tetap pelet miselium kulat G.lucidum Malaysia (1 mL) telah dimasukkan ke dalam air sisa sintetik. Eksperimen telah dijalankan dengan halaju pengadukan yang berbeza (pada 25, 50 dan 100 rpm) dan pengudaraan 3 L/min dengan kepekatan ammonia yang tetap dan kepekatan air sisa sintetik awal yang berbeza, di mana nisbah C/N (3.3, 6.7, 10.0, 13.3 dan 16.7) telah dipilih sebagai parameter kajian. Air sisa sintetik berkepekatan tinggi (nisbah C/N 10.0, 13.3 dan 16.7) menunjukkan pengurangan COD dan ammonia yang terbaik dengan peratusan penyingkiran, masing-masing pada 95 dan 100% pada masa T27 dan halaju pengadukan 100 rpm. Berdasarkan kajian, prestasi rawatan yang terbaik ditunjukkan untuk C/N 16.7 dengan pengurangan COD dan ammonia yang tinggi (93 dan 95%) pada masa T24. Hasil kajian kedua terbaik dilihat pada reaktor C/N13.3 dengan pengurangan COD dan ammonia (92 dan 100%) pada masa T27. Halaju pengadukan yang terbaik dalam rawatan air sisa sintetik adalah 100 rpm telah menyumbang kepada pengurangan COD dan ammonia yang tertinggi. Kajian kinetik tertib pertama juga telah dijalankan untuk mengesahkan hasil kajian yang diperoleh dan telah didapati bahawa miko- remediasi memberikan hasil terbaik dengan mengurangkan lebih daripada 95% COD dan ammonia daripada air sisa sintetik (C/N 13.3 dan 16.7) dalam pH 2.80 pada 100 rpm. Kajian telah dilanjutkan untuk menilai prestasi menggunakan air sisa domestik dari loji dengan menggunakan parameter pelet G.lucidum (1 dan 2 mL) dan penyesuaian pH 4.0. Rawatan tersebut telah dijalankan dalam reaktor berkelompok skala makmal dan parameter COD, ammonia, nitrat, pengiraan plat E.coli dan biojisim G.lucidum selepas rawatan telah dianalisis. Kajian ini juga telah membuktikan bahawa pelet G.lucidum Malaysia lebih berkesan dalan keadaan pH kurang dari 4.0 iaitu keadaan yang berasid dalam lingkungan pH 2.80 ke 2.90. Kajian ini merupakan kajian awal untuk mengenali potensi G.lucidum Malaysia dalam rawatan air sisa domestik sintetik dan sebenar dalam skala makmal. Kesimpulannya, G.lucidum Malaysia menunjukkan potensinya dengan menyingkirkan bahan pencemar COD dan ammonia dalam air sisa domestik dengan lebih cepat dalam tempoh 27 jam rawatan dengan menggunakan halaju pengadukan 100 rpm berbanding dengan 25 dan 50 rpm.,Sarjana Sains
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
dc.rightsUKM
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectCendawan ganoderma lucidum
dc.subjectAir kumbahan domestik
dc.subjectDomestic wastewater
dc.titleRawatan air kumbahan domestik lestari menggunakan cendawan ganoderma lucidum
dc.typetheses
dc.format.pages153
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_131131+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.61 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.