Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457878
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorDzuraidah Abd Wahab, Prof. Dr.
dc.contributor.authorSiti Syahara Mad Yusoh (P97577)
dc.date.accessioned2023-09-12T09:14:42Z-
dc.date.available2023-09-12T09:14:42Z-
dc.date.issued2022-06-30
dc.identifier.otherukmvital:130962
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457878-
dc.descriptionStrategi pembuatan semula kian mendapat tempat dalam industri automotif bagi mengatasi masalah alam sekitar sesuai dengan prinsip ekonomi membulat yang menekankan konsep penjanaan semula dan pemulihan produk. Pembuatan semula melibatkan proses pembaikan dan pemulihan bagi mengembalikan komponen kepada fungsi dan prestasi asal. Lazimnya proses pembaikan dan pemulihan dilakukan secara manual menggunakan peralatan konvensional serta amat bergantung kepada pekerja yang mahir dan berpengalaman bagi membuat keputusan samada komponen boleh dibuat semula berdasarkan mod kegagalan dan tahap keterukan dengan mengambilkira aspek reka bentuk dan geometri komponen. Hal ini menyebabkan ketidakcekapan dalam pembaikan komponen terutama bagi komponen yang mempunyai geometri yang agak kompleks dan mod kegagalan yang pelbagai. Teknologi kepintaran buatan (AI) seperti sistem logik kabur (FL) dan pembuatan aditif (AM) berpotensi untuk diaplikasikan dalam operasi pemulihan komponen secara automatik seiring dengan era teknologi IR4.0. Objektif utama kajian ini adalah membangunkan model FL bagi menentukan keberkesanan pemulihan komponen menggunakan teknologi AM. Maklumat terperinci tentang aspek reka bentuk, mod kegagalan dan kaedah konvensional dalam pemulihan komponen diperolehi melalui kajian kes di dua pusat servis dan kilang pembuatan semula di samping menjalani kursus pengendalian mesin AM. Kajian ini telah difokuskan kepada teknologi lakuran lapisan serbuk (powder bed fusion, PBF) dan komponen yang dipilih sebagai percontohan kes ialah omboh pada blok enjin. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, pemetaan reka bentuk terhadap sistem proses AM dihasilkan untuk mengenalpasti kebolehan AM dalam pemulihan komponen. Model FL dibangunkan melalui perisian MATLAB (R2018a) berasaskan tiga pembolehubah masukan iaitu kerumitan reka bentuk, saiz kerosakan dan tahap kerosakan serta pembolehubah keluaran iaitu keberkesanan pemulihan berdasarkan persamaan visual komponen sebelum dan selepas melalui proses baik pulih. Setiap pembolehubah masukan dan keluaran ditetapkan pada tiga julat bagi fungsi keahlian kabur yang menjana sejumlah 27 aturan kabur jika-maka. Untuk tujuan menentusahkan model FL yang dicadangkan, pendapat pakar diperoleh melalui kaedah email dan temubual secara dalam talian. Setelah proses penentusahan dijalankan, model FL telah ditambahbaik berdasarkan cadangan daripada pakar dengan menambah julat fungsi keahlian kabur bagi pembolehubah keluaran iaitu dari tiga julat (lemah, sederhana dan baik) kepada lima julat (sangat lemah, lemah, sederhana, baik dan sangat baik) manakala julat bagi pembolehubah masukan dikekalkan. Sebanyak 27 aturan kabur jika-maka dihasilkan. Model yang ditambahbaik tersebut memberikan nilai keluaran iaitu 10.83% yang mana lebih tepat kerana nilai tersebut lebih menumpu hasil daripada pembahagian julat kategori yang lebih terperinci jika dibandingkan dengan nilai model asal iaitu 20.42%. Berdasarkan aturan yang terhasil, pembolehubah masukan didapati amat mempengaruhi hasil keluaran iaitu keberkesanan pemulihan komponen yang dibaiki seterusnya mencerminkan komponen berjaya dibaik pulih. Sebagai kesimpulan, penyepaduan AM dan model membuat keputusan FL berupaya meningkatkan keberkesanan proses pemulihan sekaligus meningkatkan kecekapan proses pembuatan semula.,Sarjana Sains
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
dc.rightsUKM
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectPembuatan aditif
dc.subjectAutomotif
dc.subjectAutomobiles -- Design and construction.
dc.titlePemodelan logik kabur berasaskan reka bentuk dan kegagalan komponen automotif bagi penentuan keberkesanan pemulihan menggunakan pembuatan aditif
dc.typetheses
dc.format.pages159
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130962+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.16 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.