Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457873
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNorliza Abd Rahman, Prof. Madya.Dr..
dc.contributor.authorNidhi Rajesh Mavani (P103673)
dc.date.accessioned2023-09-12T09:14:38Z-
dc.date.available2023-09-12T09:14:38Z-
dc.date.issued2022-06-20
dc.identifier.otherukmvital:129776
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457873-
dc.descriptionPeningkatan permintaan makanan yang boleh dimasak segera dan sedia dimakan telah menyumbang kepada perkembangan pasaran makanan dalam tin. Bahan pengawet seringkali digunakan di dalam makanan tin bagi memastikan produk dapat bertahan lama, mengekalkan rasa, kualiti, tekstur dan warna makanan tersebut. Namun begitu, penggunaan bahan pengawet secara berlebihan boleh memudaratkan kesihatan dan mengakibatkan pelbagai jenis penyakit seperti palpitasi, alergik, asma, sakit kepala dan kanser. Oleh itu, pengesanan jumlah bahan pengawet adalah penting bagi menjamin kesihatan pengguna serta dapat memastikan pengunaan bahan pengawet di dalam makanan tin mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Kajian ini mencadangkan satu algoritma kecerdasan buatan iaitu logik kabur bagi menentukan keselamatan produk makanan berdasarkan jumlah kandungan bahan pengawet untuk lima kategori di dalam Akta Makanan 1983 dan Garis Panduan Makanan 1985. Algoritma ini dibangunkan menggunakan MATLAB versi 2021b. Sistem inferens Mamdani telah digunakan dalam pembangunan algoritma logik kabur dan sebanyak 15 fungsi keahlian digunakan sebagai nilai kemasukan dan 5 fungsi keahlian digunakan sebagai nilai keluaran. Parameter yang ditetapkan bagi kemasukan adalah rendah, sederhana dan tinggi. Asid sorbik, asid benzoik dan sulfur dioksida dalam unit mg/kg digunakan sebagai nilai kemasukan untuk model logik kabur dan nilai keluaran adalah keselamatan produk makanan iaitu sama ada selamat atau tidak selamat untuk dimakan. Sekiranya jumlah bahan pengawet yang dimasukkan melebihi had yang dibenarkan, nilai keluaran adalah tidak selamat dan sebaliknya. Sejumlah 90 peraturan logik kabur telah dibina untuk mendapatkan nilai keluaran. Sebanyak 50 data secara rawak, 50 data daripada jurnal dan 10 hasil data analisis dari sampel industri digunakan bagi menguji algoritma yang dibangunkan sekaligus dapat melihat keselamatan produk makanan tersebut. Produk makanan yang telah digunakan adalah kari ayam dengan kentang, kuah sate, sambal ikan bilis, sapuan sardin serta sardin dalam sos tomato untuk menguji algoritma berdasarkan kategori masing-masing. Nilai keluaran yang didapati daripada rangka logik kabur adalah 0.1567, 0.1350, 0.1100, 0 dan 0 masing-masing untuk sampel makanan. Kesemua produk telah dibandingkan dengan Garis Panduan Makanan 1985 dan Akta Makanan 1983, Jadual 6, Peraturan 20 yang menunjukkan bahawa produk tersebut adalah selamat untuk dimakan. Selain itu, sebuah antara muka pengguna grafik (GUI) telah dibangunkan berdasarkan rangka logik kabur. Ini bertujuan untuk memudahkan pengguna dalam mengenal pasti keselamatan produk makanan dengan lebih cepat dan mudah. Algoritma dan GUI yang dibangunkan bukan sahaja dapat menentukan keselamatan di dalam makanan tin malah dapat menentukan kesemua lima kategori jenis makanan yang disenaraikan di dalam akta makanan. Kesimpulannya, keselamatan produk makanan tin dan kategori makanan dapat dikenalpasti dengan cepat, murah dan mudah menggunakan logik kabur dan GUI yang telah dibangunkan.,Sarjana Sains
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
dc.rightsUKM
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectAntara muka pengguna grafik (GUI)
dc.subjectRangka logik kabur
dc.subjectGraphical user interfaces (Computer systems)
dc.titlePembangunan algoritma logik kabur dalam menentukan keselamatan makanan berdasarkan kandungan bahan pengawet
dc.typetheses
dc.format.pages148
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129776+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.74 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.