Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457865
Title: Kajian kesedaran dan kualiti penggunaan tempat duduk keselamatan kanak-kanak di kalangan pemandu kereta di Lembah Klang
Authors: Noor Faradila Paiman (P82065)
Supervisor: Baba Md Deros, Prof. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Tempat duduk keselamatan kanak-kanak
Pemandu kereta
Issue Date: 30-Jan-2019
Description: Tempat duduk keselamatan kanak-kanak (CRS) dapat mengurangkan risiko kematian sebanyak 71% dikalangan bayi dan 54% dikalangan kanak-kanak dalam kemalangan jalan raya. Di Malaysia, kematian kanak-kanak yang terlibat dalam kemalangan jalan raya menunjukkan peningkatan setiap tahun daripada 13.6% (2007) kepada 20.9% (2016). Ini mungkin disebabkan oleh penggunaan CRS yang didapati masih rendah di negara ini. Pindaan undang-undang merupakan antara langkah terbaik untuk melindungi penumpang kanak-kanak, namun, terdapat beberapa faktor lain yang menyumbang kepada penggunaan CRS termasuk: pengetahuan ibu bapa, efikasi kendiri, keupayaan kewangan, dan aspek-aspek sosial. Oleh itu, terdapat lima objektif utama di dalam kajian ini iaitu: i) mengkaji tahap penggunaan CRS dikalangan ibu bapa, ii) menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan CRS, iii) menentukan tahap pengetahuan terhadap penggunaan CRS, iv) mengenalpasti tahap kualiti penggunaan CRS dikalangan ibu bapa dan v) mengenalpasti hubungan antara pengetahuan dan kualiti penggunaan CRS bagi meningkat penggunaan CRS yang betul. Kajian ini terdiri daripada dua bahagian; bahagian pertama melibatkan kajian kualitatif soal selidik dikalangan pemandu yang mempunyai anak dibawah umur 12 tahun, manakala bahagian kedua adalah kajian tinjuan pemerhatian terhadap kualiti penggunaan CRS oleh pengguna CRS. Kajian ini telah membangunkan dan menjalankan kesahan borang kaji selidik yang bertujuan untuk menilai tahap pengetahuan pemandu terhadap CRS yang terdapat di pasaran Malaysia, jenis CRS yang mereka gunakan untuk anak mereka dan persepsi mereka terhadap penggunaan dan pemakaian CRS di dalam kenderaan. Kajian rintis yang dijalankan terhadap 30 orang pemandu untuk mengenalpasti kebolehgunaan serta kesahan borang kaji selidik menghasilkan nilai Alpha Cronbach 0.75. Proses kutipan data kajian dijalankan di pasaraya dan pusat asuhan kanak-kanak terpilih. Sebanyak 320 borang kaji selidik yang lengkap telah dianalisa dan sebanyak 189 kanak-kanak telah di nilai tahap kualiti penggunaan CRS. Di dalam kajian ini, perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) Versi 21 telah digunakan untuk menjalankan analisis statistik. Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan ibu bapa sebagai pemandu terhadap CRS adalah tinggi, separuh daripada responden memperoleh markah melebihi 80%. Namun tahap penggunaan CRS adalah masih rendah (45.6%). Paling membimbangkan, kualiti penggunaan CRS adalah juga pada tahap yang amat rendah. Hanya 7.2% sahaja ibu bapa yang memasang dan memakaikan CRS untuk anak-anak mereka dengan betul. Hasil kajian juga mendapati bahawa pengetahuan ibu bapa terhadap CRS mempunyai kesan yang signifikan dari segi kualiti penggunaan CRS. Secara amnya, dapatan kajian ini dapat memberikan gambaran awal kepada pihak kerajaan dalam usaha untuk mewajibkan penggunaan CRS di Malaysia. Ibu bapa perlu diberi pendedahan kepentingan CRS dan cara penggunaan yang betul. Kesimpulannya, kerajaan perlu menjalankan inisiatif terutama menitikberatkan program berasaskan komuniti yang menekankan kepentingan dan faedah yang diperoleh dengan penggunaan CRS. Selain itu, bagi meningkatkan kualiti penggunaan CRS, diperingkat awal pengenalan undang-undang penggunaan CRS, klinik khas pemasangan CRS perlu ditubuhkan bagi memastikan pemandu dapat memasang dan menggunakan CRS dengan betul pada setiap masa.,Sarjana Sains
Pages: 176
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_126640+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.85 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.