Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457863
Title: | Penambahbaikan tahap keterlihatan motosikal dan penunggangnya pada waktu malam di jalan raya Malaysia |
Authors: | Muhamad Syukri Abdul Khalid (P98933) |
Supervisor: | Nor Kamaliana Khamis, Dr. (Ing.) |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Penunggang motosikal Jalan raya Keterlihatan |
Issue Date: | 28-Sep-2021 |
Description: | Kemalangan jalan raya semakin meningkat setiap hari. Di Malaysia, lebih 60% daripada jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya adalah golongan penunggang motosikal. Salah satu faktor utama kepada kemalangan jalan raya ialah keterlihatan motosikal. Dengan saiz kenderaan yang lebih kecil, motosikal dan penunggangnya sukar dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain, terutamanya dalam keadaan cahaya yang kurang baik. Justeru, kajian ini dijalankan untuk: mengenalpasti persepsi pengguna jalan raya kepada tahap keselamatan motosikal berkaitan dengan keterlihatan motosikal pada waktu malam di persekitaran jalan raya yang berbeza; menentukan keberkesanan penggunaan pakaian dan topi keledar yang berwarna cerah dalam menambah baik tahap keterlihatan motosikal pada waktu malam di kawasan luar bandar; menentukan keberkesanan penggunaan pita reflektif yang dilekat di bahagian sisi badan motosikal dalam menambah baik tahap keterlihatan motosikal pada waktu malam, di jalan bersimpang, di kawasan luar bandar; dan membandingkan penggunaan kesemua alat bantuan keterlihatan dalam menambah baik tahap keterlihatan motosikal di jalan raya. Dua kaedah penyelidikan dijalankan iaitu: kaji selidik bagi mengenalpasti persepsi pengguna jalan raya terhadap keterlihatan motosikal; dan eksperimen video dengan 32 konfigurasi motosikal berbeza dilakukan bagi menilai keberkesanan penggunaan alat bantuan keterlihatan melalui jarak pengesanan. Hasil kaji selidik menunjukkan sekitar 80% responden percaya bahawa tahap keterlihatan pengguna motosikal dan tahap kewaspadaan terhadap kehadiran motosikal dapat ditingkatkan dengan menggunakan topi keledar dan pakaian yang bewarna terang. Selain itu, sebahagian besar pengguna jalan raya bersetuju bahawa penggunaan pita reflektif pada bahagian sisi motosikal dapat membantu meningkatkan keterlihatan motosikal terutama di persimpangan jalan. Melalui eksperimen video pula, kajian menunjukkan bahawa motosikal yang ditunggang tanpa alat bantuan keterlihatan hanya mampu dikesan pada jarak lebih kurang 30-meter sahaja. Penggunaan topi keledar yang berwarna cerah tidak membantu dalam penambahbaikan jarak pengesanan motosikal dengan ketara dengan peningkatan hanya 2.5% berbanding tanpa keterlihatan. Warna pakaian yang cerah pula dilihat dapat merekodkan jarak pengesanan yang lebih jauh namun tidak terlalu ketara ketika di jalan bersimpang. Walau bagaimanapun, kombinasi penggunaan warna topi keledar dan pakaian yang cerah telah membantu kepada peningkatan jarak pengesanan motosikal sebanyak hampir 43% berbanding dengan tanpa alat bantuan keterlihatan. Kehadiran lampu motosikal pula meningkatkan jarak pengesanan motosikal lebih dua kali ganda, iaitu sekitar 51% berbanding dengan tanpa keterlihatan. Penggunaan pita reflektif pada bahagian sisi badan motosikal juga terbukti menambah baik jarak pengesanan dan tahap keterlihatan motosikal di jalan raya bersimpang dengan peningkatan lebih daripada dua kali ganda (peningkatan sebanyak 72%) berbanding dengan tanpa keterlihatan. Secara kesimpulannya, penggunaan pita reflektif amat membantu meningkatkan keterlihatan dan kebolehkesanan motosikal pada waktu malam di jalan bersimpang walaupun motosikal ditunggang tanpa lampunya berfungsi. Kajian ini boleh dijadikan rujukan pihak berwajib untuk menggalakkan atau mewajibkan penggunaan bahan reflektif kepada binaan motosikal, selain memberi pengetahuan kepada pengguna motosikal tentang kepentingan untuk sentiasa berada dalam keadaan mampu dilihat ketika berada di jalan raya.,Sarjana Sains |
Pages: | 171 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_125314+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 9.01 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.