Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457862
Title: Model ramalan parameter antropometri terhadap taburan tekanan tempat duduk pemandu pada permukaan jalan berbeza
Authors: Nabilah Sabri (P99839)
Supervisor: Nor Kamaliana Khamis, Dr. (Ing.)
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Pemanduan
Parameter antropometri
Jalan raya
Issue Date: 6-Sep-2021
Description: Statistik kemalangan jalan raya menunjukkan purata peningkatan 3% dari tahun ke tahun. Kekurangan fokus di kalangan pemandu dikenalpasti antara punca utama kepada kemalangan. Keadaan ini boleh berpunca daripada faktor pemanduan yang menyebabkan ketidakselesaan dan kelesuan. Faktor pemanduan dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti ciri fizikal pemandu, postur badan, tempoh pemanduan, rekabentuk tempat duduk serta keadaan jalan. Namun begitu, maklumat yang melibatkan hubungan secara terus antara ciri fizikal pemandu dan rekabentuk tempat duduk dalam keadaan dinamik masih perlu dikaji. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk; mengenalpasti corak dan taburan tekanan badan dalam keadaan dinamik pada tempat duduk di permukaan jalan berbeza; menentukan kekuatan hubungan antara parameter antropometri dan taburan tekanan pada tempat duduk pemandu; dan membina model berdasarkan parameter antropometri bagi meramal taburan tekanan pada permukaan jalan berbeza. Tiga puluh empat peserta yang terlibat dalam kajian perlu memandu kereta jenis kompak di atas jalan yang telah ditetapkan merangkumi jalan turapan berkait dan jalan turapan lentur. Setiap peserta diukur berdasarkan tujuh belas parameter antropometri yang berkait dengan alas tempat duduk. Taburan tekanan diukur menggunakan peta tekanan Tactilus bermula dari bahagian punggung ke kawasan paha yang diletakkan di atas tempat duduk pemandu. Hasil kajian menunjukkan nilai purata taburan tekanan tertinggi dicatatkan pada bahagian punggung kanan, diikuti punggung kiri, paha kanan dan paha kiri bagi kedua-dua jenis permukaan jalan. Bagi penilaian subjektif terhadap taburan tekanan, tiada korelasi yang signifikan berlaku di antara kedua pembolehubah tersebut. Terdapat sembilan parameter antropometri yang mempunyai hubungan korelasi yang sangat kuat dengan taburan tekanan. Korelasi tertinggi berlaku di antara indeks jisim badan dan paha kanan dengan nilai R = 0.913 di jalan turapan berkait sementara di jalan turapan lentur nilai korelasi yang diperolehi adalah R = 0.902. Indeks jisim badan dan jisim badan merupakan parameter yang paling memberi impak kepada taburan tekanan iaitu jalan turapan berkait menghasilkan taburan tekanan yang lebih tinggi berbanding jalan turapan lentur. Melalui kaedah regresi, dua model telah dibangunkan berdasarkan kepada permukaan jalan berbeza yang terhasil dari kebergantungan antara pembolehubah bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar. Jalan turapan berkait menghasilkan model matematik y = 0.073x – 0.370 dengan R2 = 83.4% manakala jalan turapan lentur dengan R2 = 81.3% menghasilkan y = 0.071x – 0.353. Pengesahan model dilakukan berdasarkan kaedah CLRM dan memenuhi semua andaian dan syarat yang perlu dipatuhi. Kesimpulannya, nilai taburan tekanan dipengaruhi oleh kepelbagaian parameter antropometri dan jenis permukaan jalan yang berbeza. Jalan yang lebih sesuai untuk penentuan kajian adalah jalan turapan lentur. Ramalan model kajian ini membantu dalam rekabentuk pembangunan tempat duduk bagi memenuhi piawaian pengeluar kenderaan dan keperluan pengguna.,Sarjana Sains
Pages: 186
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125313+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.52 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.