Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457861
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAdi Irfan Che Ani, Prof. Madya Sr. Ts. Dr.
dc.contributor.authorMohd Adib Adam (P92788)
dc.date.accessioned2023-09-12T09:14:29Z-
dc.date.available2023-09-12T09:14:29Z-
dc.date.issued2021-04-13
dc.identifier.otherukmvital:124821
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457861-
dc.descriptionSenario penambahan dan pengubahsuaian rumah adalah perkara yang sering dilakukan oleh pemilik rumah. Namun begitu kesedaran mengenai keperluan mendapatkan permit atau kelulusan, iaitu kebenaran bertulis daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk melaksanakan kerja-kerja di tapak bagi mematuhi syarat dan prosedur yang ditetapkan oleh PBT, sering kali tidak diendahkan oleh pemilik rumah. Akibatnya terdapat banyak kes tambahan dan ubah suai rumah tanpa kebenaran atau kelulusan daripada PBT. Permasalahan kajian, tambahan dan ubah suai tanpa kebenaran ini hakikatnya mengundang pelbagai masalah secara langsung mahupun tidak langsung; antaranya adalah mengakibatkan persekitaran yang tidak terkawal dan kacau ganggu seperti pencemaran bunyi, gegaran persekitaran serta kesesakan lalu lintas yang biasanya dihadapi oleh jiran tetangga. Kerja-kerja pengubahsuaian juga boleh mendatangkan kerosakan kepada rumah jiran dan pengubahsuaian melebihi had yang dibenarkan boleh mengancam keselamatan penghuni. Selain daripada itu juga kesan kepada pihak PBT di atas isu ini adalah dari segi kutipan hasil kepada pihak Kerajaan, seperti bayaran fi proses pelan, proses permit dan pembayaran cukai pintu yang tidak dapat dikenakan apabila pemilik tidak mendapatkan kebenaran. Oleh itu matlamat penyelidikan ini adalah untuk membantu pihak PBT (Majlis Perbandaran Kajang – MPKj) bagi mengurangkan aktiviti tambahan dan ubah suai rumah tanpa kebenaran. Maka objektif kajian ini adalah untuk membangunkan kerangka pemantauan kerja tambahan dan ubah suai rumah sedia ada. Bagi mencapai objektif ini, kaedah penyelidikan secara kuantitatif iaitu menggunakan set soal selidik telah dilakukan. Kumpulan responden adalah berdasarkan kepada kepakaran dan keterlibatan di dalam proses-proses pengubahsuaian rumah di dalam kawasan MPKj. Sejumlah 74 orang responden diperolehi terdiri daripada pegawai teknikal berkaitan dengan proses kelulusan pengubahsuaian rumah dan perunding yang mengemukakan permohonan kerja-kerja pengubahsuaian di MPKj. Ini penting dalam memastikan responden tersebut dapat memberikan jawapan yang tepat bagi setiap soalan yang diajukan. Hasil soal selidik ini di analisis menggunakan perisian SPSS versi 17.0. Nilai secara keseluruhan semua dimensi penyelidikan merekodkan nilai pekali Cronbach’s Alpha bagi 6 dimensi pemantauan adalah melebihi 0.70 dan setiap item yang dikategorikan menunjukkan nilai yang konsisten, maka instrumen soal selidik adalah sahih dan boleh dipercayai. Hasil analisis 6 dimensi pemantauan mendapati bahawa nilai skor min bagi lawatan teknikal, pemeriksaan dokumentasi dan notis, tindakan teknikal, permohonan tambahan, keperluan pendaftaran, dan pengesyoran kelulusan; semuanya mempunyai nilai skor min 4.50 dan ke atas (5.0 adalah skala tertinggi). Oleh itu, penemuan kajian setiap item di dalam kerangka pemantauan kerjakerja tambahan dan ubah suai rumah sedia ada adalah signifikan dan seterusnya boleh diguna pakai sebagai kerangka pemantauan kerja-kerja tambahan dan ubah suai rumah sedia ada oleh pihak MPKj bagi memastikan pengurangan kes bangunan rumah diubah suai tanpa kebenaran.,Sarjana Sains
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
dc.rightsUKM
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectPengubahsuaian rumah
dc.subjectPemantauan
dc.titleKerangka pemantauan kerja-kerja tambahan dan ubah suai rumah sedia ada di Kajang, Selangor
dc.typetheses
dc.format.pages148
dc.identifier.barcode005832(2021)(PL2)
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124821+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.47 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.