Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457858
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKamarul Afizi Kosman, Dr.
dc.contributor.authorSiti Fatimah Tuzzahrah Abd Latif (P81533)
dc.date.accessioned2023-09-12T09:14:27Z-
dc.date.available2023-09-12T09:14:27Z-
dc.date.issued2021-05-09
dc.identifier.otherukmvital:124558
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457858-
dc.descriptionKajian ini memberi fokus terhadap fungsi dan peranan ruang serambi Rumah Tradisional Melayu Negeri Sembilan (RTMN9) dalam perlaksanaan aktiviti Adat Perpatih. Isu utama tesis ini ialah kurangnya kajian terhadap nilai tersirat di sebalik warisan seni bina Melayu yang mampu menyumbang kepada usaha mewujudkan identiti seni bina kebangsaan. Ruang serambi RTMN9 pada pandangan mata kasar hanyalah sebuah binaan ringkas berbentuk empat segi tanpa dihiasi dengan sebarang perabot. Namun di sebalik reka bentuk ringkas tersebut, tersimpan falsafah yang sangat dalam berkait dengan perlaksanaan Adat Perpatih. Ruang serambi disifatkan sebagai ruang senat di mana hampir semua keputusan adat dilaksanakan di situ. Menyedari akan besarnya perkaitan di antara Adat Perpatih dan reka bentuk ruang serambi RTMN9, maka tesis ini meletakkan dua objektif kajian untuk dicapai, iaitu mengenal pasti peranan ruang serambi RTMN9 dalam perlaksanaan aktiviti adat dan menghasilkan ilustrasi reka letak perlaksanaan adat istiadat di dalam Adat Perpatih terpilih di ruang serambi berkenaan. Skop kajian ini memberi fokus kepada perlaksanaan Adat Perpatih di ruang serambi RTMN9 dalam satu wilayah adat (luak) di Negeri Sembilan, iaitu Luak Jempol. Pemilihan satu luak sahaja melalui kajian ini kerana kaedah perlaksanaan Adat Perpatih di Negeri Sembilan adalah berbeza-beza di antara luak. Walaupun akar adat itu satu, namun dahan serta rantingnya banyak dan pemilihan Luak Jempol merupakan sampel bagi membentuk kaedah kajian seumpamanya di luak-luak yang lain pada masa hadapan. Terdapat pelbagai aktiviti adat istiadat di dalam Adat Perpatih dan kajian ini memberi fokus kepada perlaksanaan beberapa aktiviti adat yang utama, iaitu adat nikah kahwin, adat berkadim dan adat melantik pemimpin. Metodologi kajian yang digunakan adalah, gabungan beberapa kaedah penyelidikan kualitatif, iaitu kajian pustaka, kajian kes dan kajian naratif. Seramai 10 orang responden utama telah dipilih dan ditemu bual bagi mengukuhkan dapatan kajian. Kesemua data direkod dan disusun secara sistematik dalam bentuk jadual bagi memudahkan proses penganalisaan dan huraian. Hasil kajian mendapati ruang serambi RTMN9 telah mempamerkan peranan yang menyeluruh mencakupi keperluan budaya, pegangan adat dan tuntutan syarak oleh masyarakat adat bermula daripada peringkat perancangan, perlaksanaan dan pengakhiran sesuatu majlis adat. Serambi RTMN9 telah bertindak sebagai ruang multifungsi iaitu sebagai ruang muafakat, ruang ritual, ruang sosial dan ruang pendidikan adab oleh masyarakat adat di Luak Jempol sepanjang perlaksanaan adat. Seterusnya ialah penemuan utama kajian, iaitu penghasilan ilustrasi reka letak kedudukan pembesar adat di ruang serambi RTMN9 Luak Jempol ketika berlangsungnya acara adat. Ilustrasi telah memperlihatkan bagaimana orentasi pembesar adat serta tetamu di ruang serambi ketika berlangsungnya pelbagai acara adat dalam bentuk pelan dua dimensi. Kesimpulannya, hasil kajian ini telah memperlihatkan kepintaran serta daya fleksibiliti masyarakat Melayu tradisional di Negeri Sembilan dalam menghasilkan sebuah ruang yang mampu berfungsi dengan baik dalam pelbagai keadaan bagi memenuhi tuntutan budaya serta aktiviti kehidupan seharian.,Sarjana Sains
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
dc.rightsUKM
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectSerambi
dc.subjectRumah tradisional Melayu -- Negeri Sembilan
dc.subjectAdat Perpatih
dc.titleNaratif dan ilustrasi reka bentuk perlaksanaan adat perpatih dalam ruang serambi rumah tradisional Melayu Negeri Sembilan
dc.typetheses
dc.format.pages171
dc.identifier.barcode005814(2021)(PL2)
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124558+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.37 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.