Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457852
Title: Pembangunan kerangka kerja pengurusan risiko melalui validasi model SPDT untuk isu kelewatan projek pembinaan bangunan kerajaan di Lembah Klang
Authors: Fatin Nur Ashyqin Shamenan (P97931)
Supervisor: Noraini Hamzah, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Pengurusan risiko
Bangunan kerajaan
Kelewatan projek
Issue Date: 5-Jul-2021
Description: Pengurusan risiko dalam projek bangunan kerajaan adalah bertujuan untuk memastikan paras risiko dan ketidaktentuan serta peluang yang wujud diurus secara berkesan supaya projek disiapkan dengan jayanya dalam menepati masa, kos serta kualiti yang ditetapkan. Dengan itu, pengurusan risiko berupaya meningkatkan kemungkinan projek itu mencapai kejayaan sekiranya dilaksanakan dengan berkesan. Namun, masih kurang para kontraktor melaksanakan garis panduan pengurusan risiko bagi projek binaan bangunan kerajaan. Oleh itu, objektif utama kajian ini adalah mengenal pasti risiko-risiko dalam projek pembinaan bangunan kerajaan. Kaedah digunakan ialah Kepentingan Relatif Indeks untuk membangunkan kerangka kerja faktor risiko berdasarkan kajian kepustakaan kelewatan projek bangunan kerajaan terhadap kontraktor. Malah, mengesahkan Sistem Penukaran Terbuka Drewin (SPTD) yang dibangun melalui ujian kebolehpercayaan, korelasi dan regresi linear berganda. Perkara ini juga dapat mengesahkan kepatuhan kontraktor mengaplikasikan garis panduan pengurusan risiko bagi projek bangunan kerajaan. Faktor yang memberi pengaruh terhadap impak risiko dikenalpasti tahap kebolehpercayaan iaitu faktor dalaman bersamaan 97.7%, persekitaran dalaman sebanyak 99.1% dan luaran iaitu 92.2%. Instrumen kajian telah diuji dengan mengukur impak risiko terhadap 36 perkara secara menyeluruh dan telah diedarkan secara bersemuka dan atas talian kepada 132 orang kontraktor pada setiap projek bangunan kerajaan yang dibangunkan di kawasan Lembah Klang. Hasil kajian menunjukkan faktor tersebut dalam SPTD adalah signifikan sebagai penentu keberkesanan sesuatu sistem pengurusan risiko terhadap kontraktor. Dengan keputusan ujian korelasi, faktor dalaman mendapat 0.679 impak risiko, persekitaran dalaman sebanyak 0.734 impak dan 0.659 impak bagi luaran. Bagi jumlah kuasa dua analisis regresi dengan menunjukkan nilai R2 adalah sebanyak 0.112 daripada impak risiko terhadap kelewatan projek binaan bangunan kerajaan di Lembah Klang, ini bererti hipotesis kajian diterima memandangkan impak risiko telah memberi pengaruh yang signifikan kepada kelewatan projek binaan bangunan kerajaan dihadapi kontraktor. Aplikasi SPTD boleh digunapakai oleh kontraktor dan peserta projek amnya untuk dijadikan strategi penambahbaikan dalam pengurusan risiko bagi projek bangunan pejabat kerajaan.,Sarjana Sains
Pages: 155
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123889+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.92 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.