Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457850
Title: | Cirian mekanik dan mikrostruktur konkrit geopolimer berasaskan abu terbang dengan agregat kasar kitar semula pada keadaan pengawetan ambien |
Authors: | Norhasni Muhammad (P86145) |
Supervisor: | Shahrizan Baharom, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Geopolimer Abu terbang Ambien |
Issue Date: | 21-May-2020 |
Description: | Gabungan penggunaan abu terbang (FA) dan agregat kitar semula (RCA) dapat menghasilkan konkrit geopolimer (GPC) yang lestari. Bagaimanapun, penggunaanya dalam pembinaan terhad kepada peratusan penggantian RCA dan kaedah pengawetan yang sesuai. Kaedah pengawetan haba yang digunakan meningkatkan penggunaan sumber tenaga. Kajian ini dilakukan untuk menilai kesan peratusan penggantian RCA dalam campuran geopolimer dan pengawetan ambien terhadap perkembangan kekuatan konkrit geopolimer. Peringkat awal, beberapa bancuhan percubaan dibuat dengan pengubahsuaian beberapa parameter iaitu peratusan penggantian (30%, 40%, 50% dan 100%) RCA, nisbah FA - larutan alkali dan nisbah Na2SiO3 - NaOH untuk mendapatkan bancuhan konkrit yang optimum. Reka bentuk bancuhan optimum yang diperolehi digunakan untuk mengkaji perkembangan kecirian mekanik konkrit GPC pada pengawetan ambien melalui ujian kekuatan mampatan, tegangan dan lenturan. Perbandingan dilakukan dengan sampel kawalan iaitu konkrit geopolimer berasaskan FA dengan 100% agregat semulajadi (GFA). Ujian analisis morfologi dan mikrostruktur konkrit geopolimer dilakukan dengan ujian mikroskop imbasan elektron (FESEM), pembelauan sinar-x (XRD), spekroskopi inframerah jelmaan fourier (FTIR) dan analisis petrografi. Reka bentuk bancuhan optimum diperolehi dengan penggantian 30% RCA, 1.5 nisbah FA-larutan beralkali, 2.5 nisbah Na2SiO3-NaOH dan 1.3% bahan tambah (SP). Didapati kebolehaliran bancuhan optimum (GFARA30) adalah 535 mm iaitu 12% lebih rendah berbanding GFA. GFA-RA30 memperolehi kekuatan mampatan lebih tinggi iaitu sebanyak 42.98 MPa pada hari ke 28 dan mencapai kekuatan mampatan optimum pada umur 90 hari iaitu 59.85 MPa berbanding dengan GFA iaitu 41.71 MPa pada umur 28 hari dan 46.93 MPa pada umur 90 hari. GFA-RA30 menunjukkan peningkatan kekuatan mampatan yang besar iaitu sebanyak 28% berbanding GFA. Selain itu, kekuatan tegangan GFA-RA30 lebih tinggi sebanyak 9.8% pada umur 28 hari dan 0.3% pada umur 90 hari berbanding GFA. Manakala, kekuatan lenturan GFA-RA30 menunjukkan kekuatan lenturan lebih tinggi dari GFA iaitu 8.3% pada umur 28 hari dan 3.6% pada umur 90 hari. Seterusnya, dalam analisis morfologi (FESEM), zon transisi antara muka (ITZ) yang lebih besar antara pengikat geopolimer dan agregat diperhatikan bagi GFA dengan saiz 20.22 m pada 90 hari berbanding GFA-RA30 iaitu 10.08 m. Analisis XRD mengesahkan kesemua sampel mempunyai bentuk amorfus disebabkan kewujudan unsur-unsur kuartza, mullite dan hematit iaitu komponen kristal abu terbang. Analisis FTIR menunjukkan pengikat geopolimer terhasil, dan penambahan RCA dalam konkrit geopolimer (GFA-RA30, GFA-RA40, GFA-RA50 GFA-RA100) menyebabkan pengurangan unsur air (bengkokan O-H) berbanding GFA. Akhirnya, homogeniti pengikat geopolimer dan keretakan pada RCA dapat dilihat melalui analisis petrografi. Kesimpulanya, penggantian 30% RCA dalam konkrit geopolimer dan diawet pada keadaaan ambien menghasilkan kekuatan konkrit optimum dan lebih tinggi berbanding dengan penggunaan 100% agregat semulajadi.,Sarjana Sains |
Pages: | 144 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_123752+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.09 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.