Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457848
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNorhana Arsad, Prof. Madya Ir. Dr.
dc.contributor.authorSayidatul Nadia Elias (P78339)
dc.date.accessioned2023-09-12T09:14:17Z-
dc.date.available2023-09-12T09:14:17Z-
dc.date.issued2019-08-22
dc.identifier.otherukmvital:123680
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457848-
dc.descriptionIntegrasi teknologi pembelajaran mesin dalam laser gentian selak mod pasif semakin menarik minat para pengkaji disebabkan keupayaan integrasi untuk memecahkan had yang tidak mampu diselesaikan oleh kaedah-kaedah selak mod sedia ada. Majoriti kajian integrasi tidak menggunakan algoritma kawalan berdasarkan model matematik komponen cahaya kerana kebanyakkan model tersebut adalah amat kompleks. Namun aplikasi denyut laser yang bergantung kepada kawalan pengutuban denyut laser memerlukan algoritma kawalan berdasarkan model matematik komponen pengutuban cahaya. Algoritma kawalan berdasarkan model matematik formalisme Jones dan pemetaan evolusi pengutuban pada sfera Poincare didapati paling mudah untuk dilaksanakan. Kajian ini memberi tumpuan kepada pembinaan sebuah struktur formalisme Jones bermodelkan sistem kawalan suap balik konfigurasi putaran pengutuban tak linear dalam sistem laser selak mod pasif, penilaian ketepatan struktur yang dibina menggunakan vektor Jones asas dan perbandingan dengan nilai rujukan hasil uji kaji, dan pemprofilan nilai-nilai vektor Jones denyut laser menggunakan struktur tersebut. Di dalam metodologi kajian, struktur formalisme Jones yang mengandungi lelaran nilai dan mekanisma suap balik dengan kaedah kira hampir sebagai komponen penyelesaian dibina dan diuji ketepatannya menggunakan vektor Jones asas, sebelum digunakan untuk mendapatkan nilai-nilai vektor Jones keadaan pengutuban denyut. Dengan menggunakan vektor Jones asas sebagai nilai masukan, struktur formalisme Jones yang dibina berjaya menganalisa nilai rujukan hasil uji kaji dan justeru disahkan tepat. Struktur formalisme Jones seterusnya berjaya mendapatkan nilai-nilai vektor Jones yang dikehendaki dari sistem laser gentian selak mod pasif, yang akan menjadi titik-titik koordinat pada sfera Poincare bagi pemetaan evolusi keadaan pengutuban denyut yang merambat dalam laser gentian selak mod pasif. Dapatan kajian membuktikan struktur formalisme Jones yang dibina mempunyai potensi cerah sebagai algoritma kawalan berdasarkan model matematik komponen pengutuban cahaya, namun masih memerlukan banyak penambahbaikan dalam kajian-kajian akan datang agar setanding dengan keupayaan algoritma kawalan sedia ada.,Sarjana Sains
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
dc.rightsUKM
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectLaser gentian selak mod
dc.subjectAlgoritma kawalan
dc.subjectStruktur formalisme Jones
dc.titlePemprofilan nilai vektor pengutuban denyut laser gentian selak mod pasif menggunakan struktur formalisme Jones
dc.typetheses
dc.format.pages98
dc.identifier.barcode005765(2021)(PL2)
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123680+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.8 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.