Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457845
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorShuhaida Harun, Dr.-
dc.contributor.authorNur Farahin Abdul Rahman (P81234)-
dc.date.accessioned2023-09-12T09:14:14Z-
dc.date.available2023-09-12T09:14:14Z-
dc.date.issued2019-07-11-
dc.identifier.otherukmvital:123567-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457845-
dc.descriptionIndustri pemprosesan minyak kelapa sawit menghasilkan jumlah biojisim yang mengandungi lignoselulosa yang banyak hasil daripada proses pengekstrakan minyak dengan kira-kira 15 juta tan tandan buah sawit kosong kelapa sawit (EFB) dihasilkan. Pepejal EFB merupakan suatu sumber yang bernilai kerana kuantitinya yang banyak, boleh diperbaharui, kaya dengan pelbagai gula karbohidrat dan lain-lain bahan kimia yang berguna. Walau bagaimanapun, kombinasi beberapa faktor (muatan enzim, suhu hidrolisis dan kelajuan pengadukkan) boleh mempengaruhi keupayaan akses enzim untuk menghasilakan gula fermentasi yang tinggi memandangkan sakarafikasi selulosa dalam hidrolisis berenzim merupakan langkah yang penting dalam penukaran biokimia. Selain itu, kesan keatas praproses turut menjadi satu cabaran dari segi pemindahan haba dan jisim dalam hidrolisis dalam menghasilakn gula fermentasi yang tinggi. Objektif utama kajian adalah untuk menentukan keadaan optimum proses hidrolisis berenzim bagi EFB terawat amonium hidroksida bertekanan tinggi (PAH) pada saiz partikel EFB 0.3-0.5 mm menggunakan dua jenis enzim komersil Cellic CTec2 dan Cellic HTec2 di mana parameter yang dipilih untuk dikaji adalah muatan enzim (FPU/g glukan), suhu hidrolisis (°C), dan kelajuan pengadukan (rpm) selama 96 jam dengan menggunakan Kaedah Ransangan Permukaan (RSM) dengan kepekatan glukosa dan xilosa sebagai pemboleh ubah tindak balas. Seterusnya membandingkan prestasi keupayaan hidrolisis berenzim EFB terawat pada saiz partikel yang berbeza (0.3-0.5 mm, 1-2 mm, 10-20 mm dan 50 mm) berdasarkan hasil gula fermentasi dan penukaran polimer glukan bagi muatan glukan 1% dan 3% pada masa ke 48 jam dan kemudian menentukan saiz partikel yang terbaik yang dapat menghasilkan peratusan penukaran glukan yang tinggi begitu juga penghasilan gula. Pemalar kinetik bagi hidrolisis berenzim turut ditentukan dengan mengapplikasikan Persamaan Michaelis Menten untuk menilai prestasi bagi nilai jangkaan dengan nilai eksperimen. Dengan menggunakan RSM, ianya didapati keadaan optimum bagi EFB terawat PAH ialah pada muatan enzim 32.5 FPU/g glukan, 50 C suhu hidrolisis dan 140 rpm kelajuan pengadukan dengan glukosa terhasil sebanyak 348.89 g/Kg berat kering EFB bersamaan dengan penukaran glukan 80.96% dan xilosa sebanyak 233.19 g/Kg berat kering EFB bersamaan dengan 70% penukaran xilan. Dengan keadaan optimum yang didapati dan dengan membandingkan penghasilan gula dan penukaran pada saiz partikel yang berbeza bagi EFB terawat PAH, ia didapati hidrolisis berenzim bagi saiz partikel besar, L2 (50 mm), mampu menghasilkan penghasilan gula yang tinggi sebanyak 297.48 g/Kg berat EFB kering dan 191.89 g/Kg berat EFB kering bersamaan dengan 72.33 % penukaran glukan dan 91.78% penukaran xilan. Selain itu, kajian kinetik menunjukkan di mana nilai Vmax = 1.84 g/L/jam dan K’m = 80.78 g/L berpadanan dengan model yang digunakan dengan ralat sebanyak 30 % diantara nilai jangkaan dengan nilai eksperimen. Sebagai kesimpulannya, ia membuktikan keadaan optimum bagi hidrolisis berenzim, dapat memberikan penghasilan gula dan penukaran yang tinggi bagi saiz partikel EFB terawat PAH bersaiz besar serta nilai pemalar yang terhasil berpadanan dengan model yang digunakan.,Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectHidrolisis-
dc.subjectKelapa sawit-
dc.subjectAmonium hidrosida-
dc.titleKesan parameter pengoperasian terhadap prestasi hidrolisis berenzim bagi tandan buah sawit kosong terawat amonium hidrosida bertekanan tinggi-
dc.typetheses-
dc.format.pages124-
dc.identifier.barcode005754(2021)(PL2)-
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123567+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.82 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.