Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457840
Title: Pembangunan mesin pemotong sawit menggunakan penggerak lelurus
Authors: Mohd Rizal Ahmad (P86076)
Supervisor: Nordin Jamaludin, Prof. Madya. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Mesin pemotong
Kelapa sawit
Penggerak lelurus
Issue Date: 23-Apr-2021
Description: Penuaian merupakan salah satu aktiviti penting dalam industri sawit di Malaysia. Penuaian sawit melibatkan empat aktiviti utama iaitu memotong pelepah dan buah tandan segar (BTS), menyusun pelepah, memungut buah relai dan mengangkut BTS ke pusat pengumpulan. Terdapat beberapa teknologi mekanisasi telah direkabentuk, dibangunkan dan diuji bagi memenuhi aktiviti penuaian antaranya pemotong sawit bermotor (Cantas). Namun, terdapat beberapa isu teknikal telah dikenalpasti setelah beberapa tahun berada di pasaran. Antara isu teknikal adalah melibatkan berat keseluruhan pemotong sawit yang tinggi dan getaran yang dihasilkan. Kajian dimulakan dengan melakukan analisis rekabentuk menggunakan TRIZ (Teori Penyelesaian Masalah Berdaya Cipta) dan ianya meliputi pengenalpastian masalah rekabentuk mesin yang sedia ada dan cadangan penambahbaikan. Kajian diteruskan dengan menyelidik kesan kekuatan penggerak magnetik lelurus, sudut pemotongan dan kelembapan pelepah ke atas daya dan tenaga pemotongan spesifik yang diperlukan bagi memotong pelepah sawit. Dua jenis penggerak diuji, iaitu penggerak berkekuatan 500 N dan 750 N. Tiga sudut pemotongan, 30o, 45o, dan 60o diuji ke atas dua tahap kelembapan pelepah (< 50% dan > 50%). Uji kaji yang dijalankan menunjukkan sudut pemotongan dan tahap kelembapan pelepah memberikan kesan yang signifikan terhadap daya pemotongan spesifik (DPS) dan tenaga pemotongan spesifik (TPS). Kekuatan penggerak magnetik didapati tidak memberi kesan yang signifikan kepada DPS dan TPS. Nilai maksimum DPS dan TPS masing-masing adalah 2.9423 N/cm2 dan 4.1219 N/cm (sudut potongan 60o dan kelembapan pelepah < 50%). Uji kaji menunjukkan bahawa perubahan pada sudut pemotongan akan memberi kesan kepada nilai DPS dan TPS di mana DPS dan TPS minimum masingmasing adalah 0.3866 N/cm2 dan 2.0459 N/cm pada kedudukan sudut pemotongan 45o dan kelembapan pelepah > 50%. Keputusan ujian juga menunjukkan bahawa kelembapan pelepah yang rendah akan meningkatkan nilai DPS dan TPS. Berdasarkan data yang diperolehi melalui uji kaji, sebuah prototaip alat pemotong menggunakan penggerak lelurus telah direkabentuk, dibangun dan diuji. Prototaip tersebut dibangunkan menggunakan konsep pemotongan secara terus. Prototaip ini telah diuji di ladang bagi memotong pelepah dan buah tandan segar (BTS). Ujian fungsi yang dijalankan menunjukkan bahawa purata masa yang diambil oleh prototaip ini untuk memotong pelepah dan BTS adalah 14.15 dan 9.80 saat. Secara asasnya prototaip ini dapat berfungsi sepertimana yang dirancang, namun untuk kajian masa hadapan, beberapa penambahbaikan perlu dilakukan terutamanya pada sistem kotak gear penggerak bertujuan untuk meningkatkan lagi kelajuan pemotongan.,Sarjana Sains
Pages: 90
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123449+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.47 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.