Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457839
Title: Kesan keterampilan logam berat dalam sedimen tercemar
Authors: Mohd Tajuddin Mohamod (P71219)
Supervisor: Wan Hanna Melini Wan Mohtar, Prof. Madya. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Logam berat
Sedimen
Issue Date: 30-Apr-2021
Description: Sedimen merupakan sumber dan tempat penyimpanan utama logam berat dalam sungai. Boleh dikatakan 99% logam berat terkandung dalam sedimen, selebihnya wujud di ruangan air. Faktor yang dikaitkan dengan keterampaian logam berat daripada sedimen adalah berpunca dari kesan daya hidrodinamik yang tinggi, proses biogeokimia, serta keadaan kondisi sekitaran seperti redoks, pH, saliniti dan suhu. Pencemaran logam berat ini mendatangkan kesan buruk terutama kepada hidupan akuatik. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti perubahan jumlah pembebasan logam berat Kadmium (Cd), Zink (Zn) dan Plumbum (Pb) daripada sedimen tercemar apabila magnitud daya gelora berbeza digunakan, disamping mengenalpasti perubahan tahap pembebasan logam berat apabila komposisi sedimen yang berbeza dikenakan. Sedimen yang diperkayakan dengan logam sulfida Zink Sulfida (ZnS), Plumbum Sulfida (PbS), dan Kadmium Sulfida (CdS) dengan kepekatan asal 200mg/kg (berat kering) disediakan dan simulasi keterampaian logam berat dijalankan secara eksperimentasi menggunakan simulator pemerangkap zarah (PES) yang dilengkapi dua sisi injap persempelan dengan ketinggian z = 1.0cm dan 3.0cm daripada permukaan sampel. Terdapat tiga model sampel sedimen diuji dengan campuran pasir / lumpur / tanah liat masing-masing 80 / 10 / 10 (Sedimen C), 90 / 5 / 5 (Sedimen B), dan 100% pasir bersaiz 300µm (Sedimen A) dengan kepekatan asal logam yang sama. Uji kaji dijalankan dengan mengenakan lima daya gelora, θ berbeza iaitu 1.1, 2, 3, 4, 5 dynes cm-2 kepada setiap sampel uji kaji. Hasilnya, kebuk PES yang digunakan telah berjaya mencatat kepekatan logam berat terampai yang tinggi iaitu masing-masing sebanyak 185.69 ppb bagi logam Cd, 71 ppb logam Zn serta 41.89 ppb kepekatan logam dicatat bagi logam Pb. Bagi perbandingan antara peratusan logam terbebas berbanding kepekatan asal bagi jenis sedimen berbeza pula mendapati set sedimen A (100% pasir) mempunyai kepekatan tertinggi logam Cd, Zn dan Pb (kepekatan logam yang dikira secara kumulatif) masing-masing sebanyak 7.42%, 2.68% dan 1.31%. Bagi set sedimen B, peratusan tertinggi kepekatan logam Cd, Zn dan Pb yang terbebas adalah masing-masing 5.63%, 2.65% dan 1.00%. Manakala set sedimen C, sebanyak 7.03% kepekatan bagi logam Cd, 1.37% bagi logam Zn dan 1.32% bagi logam berat Pb. Oleh itu, secara keseluruhannya, dapat disimpulkan sedimen yang mempunyai keterampaian logam yang tinggi adalah sedimen A > sedimen B > sedimen C yang bermakna pertambahan komposisi pasir dalam sampel sedimen telah menyebabkan logam berat terkandung dalam sedimen mudah terlerai dan terampai ke sekitaran air. Keputusan juga mendapati turutan logam yang paling tinggi mengalami keterampaian adalah Cd > Zn > Pb. Tambahan lagi, persampelan pada z = 1 cm mendapati kepekatan logam yang diperoleh adalah 1.05 kali ganda lebih tinggi berbanding pada persampelan z = 3 cm dan keterampaian logam menyebabkan parameter pH dan suhu sekitaran meningkat, manakala nilai DO pula menurun di sepanjang keterampaian.,Sarjana Sains
Pages: 87
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123447+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.19 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.