Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457838
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMuhamad Nazri Borhan, Dr.
dc.contributor.authorNik Mohd Iznan Tuan Yaakub (P78287)
dc.date.accessioned2023-09-12T09:14:08Z-
dc.date.available2023-09-12T09:14:08Z-
dc.date.issued2020-09-30
dc.identifier.otherukmvital:123413
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457838-
dc.descriptionPenggunaan pengangkutan tidak bermotor merupakan alternatif terbaik ke arah kecekapan sistem pengangkutan yang lebih efisien. Banyak negara maju dunia memilih mod pengangkutan berbasikal seperti Belanda, Finland, Jerman, Sweeden dan Belgium. Kajian ini bertujuan untuk merangsang model penukaran kesediaan pengguna beranjak kepada kenderaan tidak bermotor iaitu basikal dalam frekuensi jarak 12 km. Selain mengurangkan pelepasan gas beracun ke udara, berbasikal dapat menyihatkan tubuh badan, mengurangkan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak dan menurunkan penggunaan bahan bakar terutama petrol dan diesel. Prospek kajian ini melibatkan 400 responden di sekitar bandaraya Ipoh bermula dari titik 0 km iaitu Pejabat Pos Besar Ipoh. Responden yang terlibat terdiri daripada mereka yang selalu keluar masuk Bandaraya Ipoh setiap hari untuk ke tempat kerja, pusat pengajian, riadah atau lokasi perniagaan. Kaedah kajian yang digunakan adalah berasaskan kepada Model Konjoin Kabur. Berdasarkan model ini, satu set kabur R dicipta untuk mewakili hierarki semua responden terhadap sifat-sifat tertentu. Pendekatan kaedah ini memberikan tahap untuk setiap atribut terpilih yang telah dijalankan dalam kajian. Dalam menentukan tahap keutamaan responden, penggunaan skala asas dikenalpasti iaitu paling tidak utama, tidak utama, tidak pasti, utama dan paling utama. Berdasarkan hasil kajian ini, enam strategi dikemukakan untuk mendorong pengguna beralih kepada pengangkutan basikal iaitu kemudahan khas kepada pengguna basikal, keadaan tempat melintas khasnya kepada pengguna basikal, penyediaan tempat letak basikal, kaedah pemakaian harian, penyediaan kemudahan yang berkaitan, dan lokasi laluan pengguna basikal. Antara pemberat yang memberi nilai tertinggi ialah pengasingan laluan berbasikal (0.9304), penggunaan laluan berjejantas untuk melintas bagi pengguna basikal (0.8792) dan tempat penyediaan letak basikal berbumbung (0.8650). Hasil kajian ini diharap dapat membantu pihak yang terlibat dalam penyusunan bandar lestari serta kejuruteraan pengangkutan ke arah meluaskan penggunaan basikal dalam aktiviti harian.,Sarjana Sains
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
dc.rightsUKM
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectPengangkutan
dc.subjectBasikal
dc.titlePemodelan kesediaan pengguna jalan raya beranjak kepada mod basikal di bandaraya Ipoh
dc.typetheses
dc.format.pages82
dc.identifier.barcode005726(2021)(PL2)
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123413+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.43 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.