Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457836
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nor Kamaliana Khamis, Dr. | - |
dc.contributor.author | Huda Muhamad Badri (P75398) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-12T09:14:06Z | - |
dc.date.available | 2023-09-12T09:14:06Z | - |
dc.date.issued | 2020-10-30 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:123411 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457836 | - |
dc.description | Perancangan pensaizan lot dan penjadualan pengeluaran merupakan proses penting dalam industri pembuatan. Oleh itu, sesuatu organisasi berusaha untuk mendapatkan penjadualan yang paling efektif yang mampu menambahbaik produktiviti pengeluaran dengan waktu pengeluaran yang minimum. Sementara itu, bagi memenuhi permintaan pelanggan dengan waktu pengeluaran yang optimum memerlukan perancangan pensaizan lot yang tepat dengan menentukan kuantiti pengeluaran yang optimum sekaligus meminimumkan kos pengeluaran. Kajian ini berdasarkan kajian kes firma pembuatan alat gantian automotif di Firma A yang menghasilkan pelbagai produk berdasarkan permintaan pelanggan. Beberapa masalah yang kompleks telah dikenalpasti kerana aliran proses pengeluaran yang berbeza untuk pelbagai produk dengan pertimbangan keupayaan mesin yang berbeza pada setiap tahap proses pengeluaran. Maka, aktiviti penjadualan yang tidak sesuai boleh berlaku seperti urutan kerja yang tidak tepat telah dilaporkan yang mempunyai keupayaan untuk menyebabkan jumlah waktu pengeluaran yang lama. Selain itu, perkara tersebut juga menyebabkan perancangan pensaizan lot menjadi kurang optimum sehingga kenaikan kos pengeluaran berlaku yang disebabkan oleh ketidakseimbangan antara kos penyediaan dan kos inventori. Berdasarkan permasalahan tersebut, kajian ini mencadangkan tiga model bersepadu yang merangkumi perancangan pensaizan lot dan penjadualan untuk meningkatkan prestasi firma menerusi tiga objektif utama kajian ini yang termasuk untuk meminimumkan kos pengeluaran, waktu pengeluaran, dan kos pengeluaran dan waktu pengeluaran secara serentak. Objektif tersebut dapat dicapai dengan mengoptimumkan penyelesaian model seperti keputusan urutan pekerjaan dan kuantiti pengeluaran pada proses pengeluaran. Seterusnya, pendekatan algoritma genetik (GA) dan Taguchi digunakan untuk mengoptimumkan ketiga-tiga model dengan mencari penyelesaian model yang optimum bagi setiap objektif. Pengujian model dibentangkan dengan menggunakan contoh berangka dan data kes sebenar daripada Firma A. Analisis pengujian model dilakukan dengan menggunakan perisian Microsoft Excel® untuk membangunkan model yang berdasarkan pengaturcaraan matematik bagi merumuskan ketiga-tiga objektif. Manakala, perisian Genehunter® digunakan untuk mewakili proses pengoptimuman menggunakan GA. Berdasarkan perbandingan keseluruhan model, hasil analisis data menunjukkan bahawa model ke mempunyai hasil yang lebih baik dimana keputusan kuantiti pengeluaran dan urutan pekerjaan yang didapati berjaya menyeimbangkan pengurangan kos dan waktu pengeluaran. Hasil pengoptimuman bagi nilai kos pengeluaran pada model ke-3 adalah terletak diantara hasil model pertama di mana lebih tinggi sebanyak 2.7% dan lebih rendah daripada model ke-2 sebanyak 2.69%. Manakala, nilai waktu pengeluaran pada model ke-3 juga terletak diantara hasil model pertama di mana lebih rendah sebanyak 38.7% dan model ke-2 lebih tinggi sebanyak 10.6%. Oleh itu, model ke-3 berjaya untuk mensetarakan kedua-dua fungsi yang berbeza bagi kos pengeluaran dan waktu pengeluaran yang optimum. Dapatan kajian tersebut memberi sumbangan kepada pihak pengurusan pengeluaran Firma A dalam membantu membuat keputusan bagi mengurangkan waktu pemprosesan dan juga kos pengeluaran secara strategik di mana ianya memberi suatu garis panduan bagi aktiviti pengeluaran yang kompleks. Seterusnya, perkembangan kepada kajian lanjutan boleh diteruskan kepada penyepaduan aspek kualiti ke dalam model bersepadu antara pensaizan lot dan penjadualan untuk meningkatkan praktikal penggunaan model dalam proses pengeluaran sebenar.,Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.subject | Industri pembuatan | - |
dc.subject | Pensaizan lot | - |
dc.subject | Kos pengeluaran | - |
dc.title | Model bersepadu pensaizan lot dan penjadualan untuk meminimumkan kos dan waktu pengeluaran di industri pemesinan | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 149 | - |
dc.identifier.barcode | 005725(2021)(PL2) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_123411+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.33 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.