Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457834
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Wan Nor Roslam Wan Isahak, Dr. | - |
dc.contributor.author | Siti Aishah Anuar (P91185) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-12T09:14:04Z | - |
dc.date.available | 2023-09-12T09:14:04Z | - |
dc.date.issued | 2020-08-26 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:123409 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457834 | - |
dc.description | Bagi mengurangkan kebergantungan kepada gas hidrogen konvensional yang tidak mesra alam dan berkos tinggi, teknologi gas biohidrogen telah diperkenalkan. Namun, ia selalunya diracuni oleh gas bendasing seperti CO2 sehingga 40 – 60 % kepekatan. Dalam usaha memerangkap CO2, teknologi penjerapan telah digunakan secara meluas berbanding teknologi konvensional lain kerana keupayaannya dalam kitaran penjerapan selanjar. Oleh itu, kajian ini akan memberikan fokus kepada aktiviti penjerapan CO2 melalui unit penjerap menggunakan penjerap hibrid karbon berliang. Bahan penyokong yang berbeza seperti kanji dan melamin telah digunakan untuk menghasilkan sampel hibrid karbon berliang terdop N dan logam oksida melalui kaedah solvotermal dan pirolisis pada suhu yang berbeza (500 – 800 °C). Sementara itu, pencirian sampel telah dilakukan dalam mengenalpasti morfologi permukaan melalui kaedah FESEM, pencirian struktur kekisi melalui TEM, luas permukaan dan sifat liang melalui analisis BET, kehadiran kumpulan berfungsi melalui FTIR, aspek kehabluran melalui XRD serta sifat kuantitatif dan kimia bahan melalui analisis XPS. Parameter pengoperasian bagi proses penjerapan-penyahjerapan yang digunakan adalah meliputi kadar alir gas suapan (10 – 100 ml/min), peratusan N2 dalam gas penyahjerapan (78.09 – 99.99%) dan peratusan CO2 sebagai gas suapan (40 – 50 vol %). Prestasi penjerapan CO2 bagi sampel hibrid juga telah dibandingkan dengan sampel tulen tanpa pengubahsuaian hibrid. Berdasarkan pencirian XPS, kumpulan N telah terikat kepada kumpulan C secara bebas pada suhu 800 °C dan dalam bentuk C3N4 pada suhu 500 °C. Berdasarkan analisis BET, suhu pirolisis didapati memainkan peranan penting dalam penentuan luas permukaan dan sifat liang sampel karbon. Dalam analisis kapasiti penjerapan melalui unit penjerapan sebenar, penggunaan kadar alir yang optimum telah meningkatkan kecekapan proses penjerapan walaupun pada operasi tekanan serendah 1 atm dan udara sebagai gas penyahjerapan. Kapasiti penjerapan CO2 yang terbaik telah direkodkan sebagai 29.8 wt.% bagi 40% CO2 dan 35.87 wt.% bagi 50% CO2. Proses penjerapan selanjar juga menunjukkan aktiviti penjerapan fisio telah berlaku dengan kapasiti yang stabil sehingga 6 kitaran. Oleh itu, peningkatan luas permukaan karbon berliang serta penambahan unsur N dan Fe2O3 berpotensi dalam menggalakkan kepilihan CO2 terhadap penjerap disamping meningkatkan aktiviti penyingkiran CO2. Hal ini boleh dikaitkan dengan ikatan van der Waals yang lemah lantas memudahkan proses penjerapan-penyahjerapan fizikal. Kesimpulannya, kajian ini menggunakan kanji dan urea sebagai sumber karbon dan amina, manakala zink asetat dan FeCl3 sebagai agen peliang dan pengaktifan dalam penghasilan sampel penjerap yang berkapasiti tinggi dan cekap bagi aplikasi penyingkiran CO2. Melalui kajian ini juga, penggunaan C3N4 daripada urea dalam penangkapan CO2 daripada sumber campuran CO2/H2 telah diperkenalkan buat pertama kalinya.,Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.subject | Penjerap hibrid | - |
dc.subject | Karbon nano berliang | - |
dc.subject | Nitrogen | - |
dc.title | Pembangunan bahan penjerap hibrid berasaskan karbon nano berliang terkandung nitrogen dalam penjerapan karbon dioksida | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 126 | - |
dc.identifier.barcode | 005723(2021)(PL2) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_123409+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.21 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.