Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457830
Title: | Sintesis, pencirian dan interaksi antara komposit grafin oksida-hidroksiapatitpoli (asid laktik ko-glikolik) ke atas sel bakteria |
Authors: | Norsuriani Che Hashim (P90417) |
Supervisor: | Darman Nordin, Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Grafin oksida Sel bakteria Jangkitan bakteria |
Issue Date: | 1-Jun-2020 |
Description: | Jangkitan bakteria pada bahan implan yang digunakan oleh alat-alat perubatan adalah penyebab utama menyumbang kepada kegagalan implan. Antara objektif kajian ini adalah untuk mensintesis komposit grafin oksida (GO)- hidroksiapatit (HA) melalui kaedah pepejal-kepada-pepejal dan penambahan poli (asid laktik-ko-glikolik), PLGA melalui kaedah pengadunan larutan. Kajian ini juga bertujuan untuk mencirikan kesan penyalutan GO dan PLGA terhadap ciri-ciri morfologi HA. Keberkesanan sifat antibakteria komposit GO-HA-PLGA terhadap sel bakteria juga turut dikaji. HA dihasilkan melalui kaedah pemendakan kimia. Sintesis kepingan-kepingan nano GO dihasilkan melalui kaedah Hummer kaedah pepejal-kepada-pepejal dengan kandungan GO iaitu 0.0 wt%, 0.25 wt%, 0.5 wt%, 1.0 wt% dan 2.0 wt%. Penambahan PLGA terhadap komposit GO-HA melalui proses pengadunan larutan dengan nisbah (GOHA: PLGA) iaitu 7:3. Aktiviti antibakteria diuji melalui bacaan ketumpatan optik, potensi zeta, kaedah resapan cakera agar-agar dan taburan bakteria. HA optimum iaitu HA yang menyerupai komposisi mineral tulang dengan nisbah kalsium per fosforus (Ca/P) 1.677 dan berbentuk rod pada saiz nano antara 28.20 nm- 49.41 nm (lebar) dan 91.27 nm- 139.37 nm (panjang) yang berjaya dihasilkan pada suhu sintesis 40 °C dan suhu relau pada 600 °C. Komposit GO-HA berjaya dihasilkan melalui pencirian komposit GO-HA menggunakan mikroskopi penghantaran elektron (TEM) membuktikan bahawa HA terserak secara rawak pada permukaan GO dan kepadatan yang semakin tinggi apabila kandungan GO bertambah. Analisis melalui pembelauan sinar-X (XRD) menghasilkan puncak pembelauan yang luas pada 13.08°- 23.54° mewakili polimer PLGA, 2θ= 10.92° mewakili elemen GO terhadap spektrum 2.0 wt% GO-HA-PLGA dan selebihnya adalah puncak pembelauan bagi HA. Analisis menggunakan medan pancaran mikroskop imbasan elektron (FESEM) pula membuktikan bahawa kesemua morfologi komposit GO-HA-PLGA membentuk struktur berliang, HA terserak secara rawak di atas permukaan dan pada liang komposit GO-PLGA serta meningkatkan ketahanan mekanikal. Pencirian raman pula mendedahkan terdapat jalur regangan D dan G mewakili GO, jalur regangan =C-H, CO, C-H dan C=O mewakili sifat jalur PLGA dan PO43- mewakili HA. Interaksi yang terlibat bagi menghasilkan komposit GO-HA-PLGA adalah ikatan elektrostatik dan ikatan hidrogen. Penyerakan cahaya dinamik (DLS) digunakan untuk mengukur potensi zeta komposit bagi menentukan proses awalan antipelekatan bakteria. Kesemua partikel dan komposit mempunyai caj negatif dan penambahan PLGA dalam komposit menghasilkan nilai kenegatifan yang tinggi iaitu ~ 40 mV. Bacaan ketumpatan optik yang direkod melalui spektrofotometer bagi GO, GO-HA dan GOHA- PLGA pula mempamerkan bacaan tidak melebihi daripada 1.0 A bagi kedua bakteria, membuktikan berlakunya perencatan sel bakteria. Berdasarkan kaedah resapan agar-agar, komposit GO-HA menunjukkan adanya aktiviti pada kadar yang minimum terhadap kedua-dua bakteria tetapi lebih cenderung terhadap negatif Gram bakteria (E. coli). Interaksi kimia yang terlibat bagi perencatan sel bakteria oleh komposit GO-HA-PLGA adalah ikatan elektrostatik dan ikatan hidrogen, manakala interaksi fizikal adalah kewujudan bucu GO yang tajam dan mekanisma pemerangkapan. Aktiviti antibakteria yang optimum adalah pada komposit 1.00 wt% GO-HA-PLGA terhadap bakteria E. coli. Trifasa komposit GO-HA-PLGA merupakan penyalutan pencegah bakteria dan mengukuhkan tahap mekanikal terhadap implan perubatan.,Sarjana Sains |
Pages: | 136 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_123375+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.37 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.