Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457829
Title: | Kerangka teori permintaan rumah pasaran sekunder |
Authors: | Haszlila Jalil (P75024) |
Supervisor: | Norngainy Mohd Tawil, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Housing Marketing |
Issue Date: | 15-Jul-2019 |
Description: | Kenaikan harga pasaran rumah kediaman menjadi isu bukan sahaja di Malaysia malahan di seluruh dunia. Secara tidak langsung isu ini adalah memberi kesan yang positif dan negatif. Ia menjadi petunjuk kepada perkembangan ekonomi sesebuah negara yang meningkat maju. Namun ia juga memberi kesan negatif kepada perkembangan sosial berikutan kesukaran penduduk untuk memiliki rumah idaman yang pastinya untuk keselesaan menjalani kehidupan kekeluargaan dan kejiranan. Kenaikan harga rumah ini menyebabkan penduduk mengalih tumpuan kepada rumah sekunder iaitu rumah terpakai yang sedia ada di pasaran yang lazimnya terletak di kawasan pinggiran bandar. Ini adalah kerana harga rumah yang agak rendah berbanding harga rumah baru yang ditawarkan oleh pemaju. Namun masih ada rungutan yang menyatakan harga rumah terpakai turut meningkat. Bagi mencapai objektif kajian, kaedah kuantitatif digunakan melalui analisis data transaksi harta tanah kediaman untuk melihat aliran pasaran rumah kediaman di Negeri Selangor. Selangor adalah negeri yang mempunyai bilangan transaksi yang paling aktif berikutan pertumbuhan penduduk yang tinggi. Analisis ke atas aliran pasaran rumah sekunder ini mendapati bahawa terdapat kenaikan pasaran rumah sekunder seiring dengan kenaikan harga pasaran rumah yang dijual oleh pemaju. Borang soal selidik diedarkan kepada pembeli/ bakal pembeli dan penilai harta tanah/ ejen harta tanah untuk mengenal pasti apakah faktor yang menyumbang kepada kenaikan ini. Sebanyak 300 maklum balas telah diterima dan dianalisis dan mendapati bahawa kesemua faktor adalah berhubung antara satu sama lain secara signifikan. Faktor-faktor tersebut adalah faktor sosial (min=3.8250), persekitaran (min=3.8907), kemudahan (min=4.2047), dasar kerajaan (min=3.7054), reka bentuk (min=3.7958) dan kewangan (min=4.0056). Faktor-faktor ini kemudian dibentuk sebagai kerangka permintaan rumah pasaran sekunder yang boleh digunakan oleh pihak yang terlibat dengan pembangunan untuk membangunkan kawasan terbiar supaya kembali aktif dan membawanya memasuki pasaran. Secara tidak langsung akan memberi pilihan kepada penduduk untuk memiliki rumah sendiri yang tidak hanya terhad kepada rumah yang dijual oleh pemaju.,Sarjana Sains |
Pages: | 156 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_123340+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.72 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.