Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457827
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorJamaliah Md. Jahim, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorMuhammad Arif Fikri Hamzah (P88957)-
dc.date.accessioned2023-09-12T09:13:58Z-
dc.date.available2023-09-12T09:13:58Z-
dc.date.issued2020-06-25-
dc.identifier.otherukmvital:123329-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457827-
dc.descriptionDi Malaysia, terdapat ramai penyelidik menjalankan pencernaan anaerob menggunakan sisa air buangan kilang kelapa sawit (POME) segar sebagai stok suapan. Sisa buangan daripada kelapa sawit terutamanya POME boleh digunakan untuk menghasilkan gas metana. Namun begitu, hanya sedikit kajian pencernaan anaerob yang telah dijalankan menggunakan POME berasid. Objektif utama kajian ini adalah untuk membandingkan prestasi pencernaan anaerob pada suhu mesofili dan termofili menggunakan POME berasid. Kajian bermula dengan penyediaan inokulum untuk pencernaan mesofili dan termofili. Seterusnya, pencernaan pada suhu mesofili dan termofili di dalam botol Schott Duran 1000 mL dieramkan di dalam bekas rendaman air. Proses aklimatisasi bagi pencerna mesofili dan termofili dijalankan pada masa pengekalan hidraulik (HRT) 30 hari. Proses aklimatisasi tamat apabila perubahan biogas yang dihasilkan adalah kurang daripada 10%. Pencernaan mesofili dan termofili diteruskan pada tiga kadar permuatan organik (OLR) yang berbeza iaitu 2.4, 3.2 dan 4.0 g COD/L/hari di dalam botol Schott Duran 500 mL. Perbandingan prestasi pencernaan bagi pencerna mesofili dan termofili dikaji terhadap penghasilan metana, penyingkiran permintaan oksigen kimia (COD) dan pengurangan pepejal meruap (VS). Penskalaan naik daripada botol Schott Duran 500 mL kepada reaktor 10 L dijalankan berdasarkan keadaan operasi pencerna mesofili dan termofili yang menghasilkan prestasi pencernaan yang terbaik. Hasil kajian menunjukkan kadar penghasilan biogas ketika aklimatisasi untuk pencerna termofili adalah dua kali ganda lebih tinggi berbanding pencerna mesofili. Selain itu, pencerna termofili turut mencatatkan kepekatan pepejal meruap terampai (VSS) yang lebih tinggi berbanding pencerna mesofili dengan perbezaan sebanyak 15.6%. Ketika pencernaan pada OLR 4.0 g COD/L/hari, pencerna mesofili dan termofili menunjukkan penghasilan metana yang tertinggi iaitu masing-masing sebanyak 0.23 ± 0.01 L/g COD dan 0.31 ± 0.01 L/g COD. Peningkatan OLR daripada 2.4 g COD/L/hari kepada 4.0 g COD/L/hari telah meningkatkan pengurangan VS dan penyingkiran COD untuk pencerna termofili masing-masing sebanyak 26.5% dan 24.1%. Di samping itu, pengurangan VS dan penyingkiran COD untuk pencerna mesofili turut mengalami peningkatan sebanyak 34.9% dan 26.3% pada perubahan OLR yang sama. Perbezaan penghasilan metana, penyingkiran COD dan pengurangan VS masing-masing sebanyak 8%, 12% dan 12% dapat diperhatikan apabila penskalaan naik dilakukan daripada botol Schott Duran 500 mL kepada reaktor 10 L. Secara keseluruhannya, pencerna termofili menunjukkan prestasi lebih baik dalam pengurangan VS, penyingkiran COD dan penghasilan metana yang lebih tinggi berbanding pencerna mesofili.,Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectMetana-
dc.subjectPalm oil industry-
dc.subjectSisa buangan-
dc.titlePenilaian prestasi penghasilan metana secara mesofili dan ermofili dan daripada sisa air buangan kilang kelapa sawit berasid-
dc.typetheses-
dc.format.pages96-
dc.identifier.barcode005691(2021)(PL2)-
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123329+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.37 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.