Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457823
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Wan Nor Roslam Wan Isahak, Dr. | - |
dc.contributor.author | Masitah Abdul Halim Azizi (P85712) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-12T09:13:55Z | - |
dc.date.available | 2023-09-12T09:13:55Z | - |
dc.date.issued | 2020-11-18 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:123028 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457823 | - |
dc.description | Penggunaan bahan api berasaskan petroleum di dalam pelbagai industri dan penggunaannya sebagai sumber tenaga untuk menggerakkan kenderaan telah banyak menyumbang kepada peningkatan gas bertoksik hasil daripada pembakaran bahan api tersebut dan pembebasan gasnya ke atmosfera, sekali gus menyebabkan pemanasan global. Tambahan pula, bahan api fosil yang digunakan merupakan sumber bahan api yang tidak mampan dan akan habis pada bila-bila masa. Oleh itu, penggantian kepada sumber bahan api yang mampan seperti hidrogen (H2) dapat mencegah masalah ini daripada berlaku. H2 merupakan sumber tenaga masa hadapan yang boleh dihasilkan daripada pelbagai kaedah seperti pembelahan air, reformasi stim metanol dan penguraian asid formik. Dalam kajian ini, penguraian asid formik dipilih untuk menghasilkan H2 kerana asid formik merupakan bahan kimia yang rendah kandungan toksik dan juga mudah untuk disimpan, dipindahkan dan dikendalikan. Oleh itu, asid formik telah dianggap sebagai bahan penyimpan H2 yang selamat dan mampan. Mangkin FeZnIr merupakan antara mangkin yang sesuai bagi tindak balas penguraian asid formik tersebut kepada H2 dan karbon dioksida (CO2). Gas yang dihasilkan dianalisis menggunakan gas kromatografi yang dilengkapi pengesan termal konduktiviti (GC-TCD). Kajian awal menggunakan mangkin Fe0.5Zn0.25Ir0.25 pada suhu bilik dengan kepekatan asid formik pada 50% dan muatan mangkin sebanyak 15% menghasilkan 2 mL campuran gas H2 dan CO2 dengan kepilihan H2 kepada CO2 adalah sebanyak 97.41% pada 30 minit pertama tindak balas, tetapi berkurang kepada 73.24% selepas 2 jam tindak balas. Dua jenis mangkin lagi telah disintesis untuk melihat perbezaan antara ketiga-tiga jenis mangkin terhadap tindak balas dengan asid formik, iaitu Fe0.25Zn0.5Ir0.25 dan Fe0.25Zn0.25Ir0.5. Selain itu, parameter seperti suhu tindak balas, kepekatan asid formik dan peratus muatan mangkin juga diambil kira bagi mengkaji kesan terhadap kepilihan hidrogen. Turutan peratusan kepilihan H2 selama 2 jam tindak balas pada 50% kepekatan asid formik, 15% muatan mangkin dan pada suhu bilik bagi jenis mangkin yang disintesis adalah seperti berikut: Fe0.5Zn0.25Ir0.25 (73.24%) > Fe0.25Zn0.5Ir0.25 (62.91%) > Fe0.25Zn0.25Ir0.5 (0.38%). Peningkatan suhu kepada 50 °C dan 70 °C meningkatkan peratus kepilihan selama 2 jam tindak balas terutama terhadap mangkin Fe0.5Zn0.25Ir0.25; 73.24% (suhu bilik, ~30 °C) < 81.76% (50 °C) < 90.43 (70 °C). Mangkin yang dihasilkan menggunakan kaedah pembakaran daripada mikro gelombang setiap satunya mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Analisis penjerapan-penyahjerapan isoterma N2 bagi ketiga-tiga sampel boleh dikelaskan di dalam jenis III. Ini menunjukkan bahawa ketiga-tiga mangkin mempunyai tapak aktif yang tidak poros. Analisis XRD dan pemetaan unsur menggunakan FESEM-EDX bagi mangkin Fe0.5Zn0.25Ir0.25 menunjukkan partikel logam Fe dan Zn terserak secara sekata. Keadaan ini memberikan kesan sinergistik bagi mangkin, sekaligus dapat menurunkan tenaga pengaktifan (Ea) bagi tindak balas penguraian asid formik yang seterusnya dapat meningkatkan penghasilan hidrogen.,Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.subject | Asid formik | - |
dc.subject | Mangkin logam | - |
dc.title | Penguraian asid formik untuk penghasilan gas hidrogen menggunakan mangkin logam berasaskan FE | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 101 | - |
dc.identifier.barcode | 005676(2021)(PL2) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_123028+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.68 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.