Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457820
Title: Penghasilan biohidrogen dua peringkat dalam keadaan termofilik dan mesofilik melalui sistem reaktor anaerobik penjujukan berkelompok
Authors: Rizal Muzhafar Maarof (P83804)
Supervisor: Jamaliah Md. Jahim, Prof. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 21-Aug-2020
Description: Efluen kilang pemprosesan sawit (POME) mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi iaitu 31.0 g/L (berat basah) adalah salah satu hasil efluen sampingan yang terhasil daripada industri penghasilan minyak kelapa sawit. Oleh itu, hasil efluen sampingan ini sesuai dijadikan stok suapan fermentasi untuk penghasilan hidrogen secara biologi (biohidrogen). Penghasilan biohidrogen melalui sistem tunggal menghasilkan efluen yang masih mempunyai kandungan karbohidrat, kandungan pepejal terampai (TSS) dan pepejal terampai meruap (VSS) yang tinggi. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk memperbaiki kadar penghasilan biohidrogen dan penggunaan karbohidrat melalui fermentasi gelap dua peringkat selanjar dengan menggunakan POME sebagai substrat. Penyelidikan ini menguji interaksi antara kesan masa tahanan hidraulik (HRT) terhadap masa tahanan pepejal (SRT) dan kadar penggunaan karbohidrat. Stok suapan ini mempunyai kepekatan kandungan karbohidrat yang dimalarkan pada 20.9 g/L dan digunakan terlebih dahulu dalam ujian kebolehmenapaian di dalam reaktor satu peringkat dalam suhu 55 °C yang menghasilkan kadar penghasilan hidrogen (HPR) sebanyak 3.1 mmol H2/L/j dan hasil hidrogen (HY) sebanyak 0.81 mol H2/mol karbohidrat digunakan. Enapcemar yang diperkaya dengan kultur campuran dengan kepekatan TSS sebanyak 10.3 g/L dan VSS sebanyak 8.43 g/L telah digunakan di dalam kajian ini. Kesan HRT terhadap kadar penghasilan biohidrogen telah dilakukan di dalam sistem reaktor dua peringkat secara selanjar melalui sistem reaktor anaerobik penjujukan berkelompok (ASBR). Suhu fermentasi yang digunakan bagi reaktor peringkat pertama ialah 55°C (thermofilik) manakala bagi reaktor peringkat kedua ialah 37°C (mesofilik) disamping penggunaan HRT yang berbeza iaitu dari HRT 48 jam ke 6 jam. Sistem ASBR peringkat pertama telah disuap dengan POME mentah yang mengandungi kepekatan karbohidrat sebanyak 20.0 g/L dan TSS sebanyak 43.0 g/L manakala sistem ASBR peringkat kedua disuap dengan menggunakan efluen dari peringkat pertama. Sistem ASBR dua peringkat yang menggunakan HRT 12 jam menunjukkan kadar HPR dan HY harian masing-masing sebanyak 10.8 mmol H2/L/j dan 2.6 mol H2/mol penggunaan karbohidrat. Penghasilan metabolit terlarut majoritinya adalah daripada butirat (19.2g/L), asetat (2.8g/L), dan etanol (4.1g/L). Berdasarkan teknik reaksi rantai polymerase (PCR) dan penyahasilan cerun gel elektroforesis (DGGE) yang menentukan komuniti mikrob menunjukkan kultur campuran untuk kedua-dua peringkat system ASBR didominasi oleh mikrob Thermoanaerobacterium sp. Sistem dua peringkat pengeluaran biohidrogen menyediakan VFA yang banyak untuk peningkatan prestasi langkah yang seterusnya iaitu fasa metanogenik sebagai sumber karbon yang berpotensi dalam lebihan karbohidrat dengan kadar pertukaran kepada VFA sehingga 90.0%.,Sarjana Sains
Pages: 73
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123017+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.36 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.