Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457812
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAmiruddin Ismail, Prof. Dr. Engr.-
dc.contributor.authorNorsyuhadah Norzalwi (P47170)-
dc.date.accessioned2023-09-12T09:13:46Z-
dc.date.available2023-09-12T09:13:46Z-
dc.date.issued2012-01-04-
dc.identifier.otherukmvital:122302-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457812-
dc.descriptionSistem pengangkutan yang lestari adalah sangat penting dalam memastikan kecekapan pengurusan pengangkutan dan mengekalkan kampus yang mesra alam sekitar. Kesesakan di tempat letak kenderaan, lalu lintas dan kemalangan jalan raya menyumbang kepada ketidaklestarian sesebuah sistem pengangkutan dari segi sosial, ekonomi dan juga persekitaran. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk memahami senario sebenar yang berlaku pada sistem pengangkutan yang sedia ada di kampus dan seterusnya mengenalpasti faktor-faktor yang boleh mempengaruhi pengguna untuk beranjak ke mod pengangkutan yang lebih lestari. Pengumpulan data dilakukan ke atas 300 orang responden yang merupakan pelajar dan kakitangan di kampus UKM Bangi. Data kemudiannya disusun, diagregat dan dianalisis menggunakan perisian Microsoft Excel 2007 dan SPSS 15.0. Berdasarkan analisis yang dijalankan, keputusan telah diperolehi seperti peratusan pecahan pengguna pengangkutan di kampus mengikut kategori (pemilihan mod pengangkutan utama ke kampus, ciri-ciri demografi dan sosioekonomi), kelakuan perjalanan mereka (penggunaan mod pengangkutan di kampus berdasarkan jarak perjalanan), masalah- masalah mod pengangkutan di kampus, serta cadangan-cadangan yang berpotensi dilaksanakan di kampus berdasarkan sokongan pengguna. Di samping itu, dua model pengangkutan dibangunkan dalam mengenalpasti keberkesanan pelaksanaan polisi iaitu pengenaan bayaran tempat letak kenderaan dan kenaikan harga petrol kepada anjakan mod daripada pengangkutan persendirian kepada pengangkutan lestari. Berdasarkan keputusan yang diperolehi dilihat kesan anjakan mod jika bayaran parkir dikenakan meningkat sebanyak 1.8% apabila kenaikan 10% nilai pemboleh ubah berbanding dengan faktor kenaikan harga petrol kepada RM2.50 seliter, anjakan mod hanya meningkat 0.7% sahaja. Daripada model yang dibina, nilai perselisihan antara pengguna pengangkutan persendirian yang sudi dan tidak sudi beranjak adalah pada RM1.16 sejam (bayaran parkir dalam kampus dikenakan) dan pada jarak 874 m (harga petrol kenderaan meningkat kepada RM2.50 seliter). Satu model pengangkutan turut dibina untuk mengetahui jarak yang sesuai digunakan dalam membina kemudahan pengangkutan awam atau integrasi antara mod-mod pengangkutan dengan menggunakan jarak berjalan kaki pengguna di kampus. Jarak perselisihan antara kekerapan pengguna berjalan kaki dengan menggunakan kenderaan dianggap sebagai jarak yang optimum untuk berjalan kaki di kampus UKM iaitu 234 m. Secara keseluruhannya, kajian ini telah mencapai objektif yang ingin dicapai dan ianya berguna bagi perancang kampus dalam membentuk sebuah sistem pengangkutan kampus yang lestari di UKM Bangi khususnya.,Sarjana Sains,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah""-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina-
dc.rightsUKM-
dc.subjectTransportation engineering-
dc.subjectTransportation -- Planning-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKajian ke arah pelaksanaan sistem pengangkutan kampus lestari UKM-
dc.typetheses-
dc.format.pages160-
dc.identifier.callnoTA1145.N647 2012 3 tesis-
dc.identifier.barcode005603(2021)(PL2)-
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_122302+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
13.86 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.