Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457808
Title: | Pengoptimuman faktor-faktor persekitaran kepada produktiviti pekerja di industri automotif |
Authors: | Mohd Yusri Mohd Yusof (P53331) |
Supervisor: | Baba Md Deros, Prof. Dr. |
Keywords: | Industrial productivity Labor productivity Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 31-Jul-2012 |
Description: | Kadar pengeluaran produk perlu dipertingkatkan untuk mencapai nilai produktiviti yang optimum dan membantu pertumbuhan ekonomi negara yang berterusan. Faktor persekitaran boleh diselaraskan bagi mendapatkan nilai produktiviti terbaik dan memberikan keselesaan para pekerja semasa melakukan tugas. Kajian lampau menunjukkan tahap kualiti persekitaran yang rendah boleh menurunkan produktiviti pekerja serta meningkatkan masalah kesihatan mereka. Walaupun banyak kajian telah dilakukan bagi menentukan tahap optimum faktor-faktor persekitaran, namun amat kurang kajian yang melibatkan populasi di Malaysia. Tambahan pula, masih kurang kajian yang dilakukan untuk mengkaji hubungan secara gabungan pelbagai faktor persekitaran terhadap nilai produktiviti. Kajian ini mempunyai 3 objektif utama iaitu; mengkaji pengaruh persekitaran; memodelkan hubungan yang dapat mewakili hubungan antara faktor persekitaran; dan meramalkan tahap persekitaran yang dapat menyumbang kepada nilai optimum kadar produktiviti pemasangan manual produk automotif. Kajian telah dijalankan di sebuah bilik makmal tertutup dan terkawal. Satu talian pengeluaran manual pemasangan badan suis dengan wayar abah-abah di sebuah syarikat pembuatan komponen automotif telah disimulasikan di bilik makmal tersebut. Kajian ini melibatkan 12 orang subjek yang telah dibahagikan kepada 2 kumpulan: 6 orang subjek mengambil bahagian ketika pemerolehan data dan 6 orang subjek lagi mengambil bahagian ketika proses pengesahan keputusan. Bagi proses pemerolehan data, kajian dijalankan selama 90 hari pada waktu siang (pagi). Untuk setiap satu syif kerja (4 jam), semua faktor yang dikaji dan bilangan unit yang siap dipasang direkodkan untuk setiap sela masa 10 minit. Setelah selesai proses pengumpulan data, data tersebut telah dianalisis dengan menggunakan Kaedah Tindak balas Permukaan (RSM) dan Kaedah Rangkaian Saraf Buatan (ANN). Selepas memperolehi data ubahan yang terbaik, nilai produktiviti optimum bersamaan 1.0 boleh ditentukan menerusi analisis ANN dan RSM. Hasil nilai persekitaran daripada kedua-dua analisis telah diuji melalui ujian pengesahan data bagi memilih nilai persekitaran yang terbaik. Dalam kajian ini, analisis RSM diguna pakai sebagai keputusan akhir tahap optimum persekitaran kerana ia memberikan nilai ralat bacaan ujian pengesahan yang paling rendah berbanding dengan analisis ANN. Nilai optimum produktiviti (nilai ≈1.0) dapat dicapai apabila nilai suhu (WBGT) ialah 23.63 °C, nilai kelembapan relatif ialah 54.43 %RH dan nilai pencahayaan ialah 604.36 lux. Didapati semasa kajian dijalankan apabila subjek-subjek didedahkan kepada parameter persekitaran yang melampau mereka berasa kurang selesa dan menyebabkan tahap pengeluaran menurun. Analisis RSM juga telah digunakan untuk memodelkan hubungan matematik antara suhu (WBGT), kelembapan relatif, pencahayaan dan nilai produktiviti. Secara kesimpulannya, semua objektif kajian untuk mengenal pasti pengaruh, memodelkan dan meramal kadar optimum nilai faktor persekitaran (suhu, kelembapan relatif dan pencahayaan) untuk mendapatkan nilai optimum kadar pengeluaran untuk satu set talian pengeluaran manual di industri automotif di dalam Malaysia telah berjaya dicapai.,Sarjana Sains,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"" |
Pages: | 110 |
Call Number: | T58.8.M839 2012 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_122299+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 15.47 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.