Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457804
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZahira Yaakob, Prof.Ir. Dr.-
dc.contributor.authorIrwan Sukma Sukarman (P43825)-
dc.date.accessioned2023-09-12T09:13:38Z-
dc.date.available2023-09-12T09:13:38Z-
dc.date.issued2012-07-31-
dc.identifier.otherukmvital:122295-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457804-
dc.descriptionPeningkatan permintaan biodiesel adalah disebabkan oleh bahan bakar fosil yang tidak dapat diperbaharui, simpanan yang terhad dan juga isu berkaitan alam sekitar. Di samping itu, industri biodiesel juga mengalami dilema berkaitan penggunaan bahan suapan seperti kelapa sawit, minyak canola dan kacang soya yang juga digunakan sebagai bahan makanan. Untuk mengatasi masalah ini, Jatropha curcas L. dapat dimanfaatkan kerana buahnya tidak boleh dimakan. Buahnya tidak boleh dimakan kerana terdapat kandungan phorbolester yang tinggi di dalamnya. Pokok jarak atau nama saintifiknya Jatropha curcas merupakan sejenis tanaman berbunga yang dapat menghasilkan minyak yang boleh dijadikan biodiesel, biopetrol, minyak pelincir dan minyak aditif untuk kegunaan enjin kenderaan. Di samping itu, kandungan asid lemak bebas (FFA), nilai iodin, nilai peroksida, nilai penyabunan, kelikatan dan ketumpatan yang bersesuaian menjadikan Jatropha curcas sesuai sebagai bahan suapan di dalam industri biodiesel. Minyak jarak yang telah diekstrak secara kimia dan mekanikal telah digunakan sebagai bahan suapan untuk diubah kepada Asid Lemak Metil Ester (FAME) atau biodiesel. Mangkin heterogen telah digunakan secara meluas kerana mangkin ini murah, mesra alam dan mudah dipisahkan daripada hasil tindak balas berbanding mangkin homogen. Tindakbalas transesterifikasi dilakukan untuk menghasilkan asid lemak metil ester daripada minyak jarak menggunakan mangkin ATKKS (Abu Tandan Kosong Kelapa Sawit), KOH/ATKKS dan NaOH/MgO. Bahan asas bagi mangkin ATKKS dan KOH/ATKKS adalah berasal daripada biojisim yang merupakan buangan industri kelapa sawit. Pembuatan mangkin NaOH/MgO adalah ujikaji untuk menghasilkan mangkin alkali. Ketiga-tiga mangkin tersebut telah dipilih kerana kos yang murah dan boleh disediakan dengan menggunakan kaedah impregnasi basah. Kaedah impregnasi basah adalah kaedah yang murah dan mudah serta tidak memerlukan peralatan yang mahal. Kesan suhu pengkalsinan, perbandingan molar minyak dan metanol, kuantiti mangkin, muatan KOH dan NaOH dan masa tindak balas telah dikaji. Mangkin NaOH/MgO telah dicirikan dengan menggunakan mikroskop imbasan elektron (SEM), kaedah Branaur – Emmet – Teller (BET), Belauan Sinar-X (XRD), dan spektrometri pengubah inframerah fourier (FTIR). Sementara itu mangkin ATKKS dan KOH/ATKKS yang telah disediakan tetapi tidak diketahui peratusan kandungan bahan telah diuji dengan pendarflour sinar – X (XRF), inductively coupled plasma (ICP) spektrometri. Pencirian mangkin tersebut dilakukan dengan ujian menggunakan mikroskop imbasan elektrom (SEM), kaedah Brunaur – Emmet – Teller (BET), pembelauan sinar – X (XRD), dan juga Sinar-X Pendarflour. Mangkin yang terbaik untuk ATTKS adalah ATKKS yang telah dikalsinkan pada suhu pengkalsinan 550°C pada suhu tindak balas 65°C, nisbah molar 1:15, berat mangkin 25% terhadap minyak dan masa tindak balas 90 minit. Untuk mangkin KOH/ATKKS, suhu pengkalsinan yang terbaik adalah 550o C, nisbah molar 1:15, berat mangkin 15% terhadap minyak dan masa tindak balas 45 minit. Sementara itu, mangkin NaOH/MgO menunjukkan prestasi yang lebih baik di mana dengan berat mangkin 6% terhadap minyak, nisbah molar 1:15, dan masa tindak balas 90 minit dapat menukarkan 99.22% minyak kepada biodiesel. Ketiga-tiga mangkin tersebut telah berjaya menukarkan minyak Jatropha curcas kepada biodiesel dengan darjah penukaran melebihi 96.5% yang telah ditetapkan oleh EN 14214 serta boleh digunakan berulang kali dengan maksima 4 kali pengulangan.,Sarjana Sains,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah""-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina-
dc.rightsUKM-
dc.subjectEsters-
dc.subjectDiesel motor -- Alternative fuels-
dc.subjectBiodiesel fuels-
dc.subjectJatropha-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePenghasilan metil ester dari minyak Jatropha Curcas menggunakan mangkin heterogen abu tandan kosong kelapa sawit (ATKKS), KOH/ATKKS dan NaOH/MgO-
dc.typetheses-
dc.format.pages137-
dc.identifier.callnoTP359.B46I797 2012 3 tesis-
dc.identifier.barcode005597(2021)(PL2)-
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_122295+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
16.99 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.