Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457803
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNoor Ezlin Ahmad Basri, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorTiew Kian Ghee (P49897)
dc.date.accessioned2023-09-12T09:13:37Z-
dc.date.available2023-09-12T09:13:37Z-
dc.date.issued2011-12-16
dc.identifier.otherukmvital:122293
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457803-
dc.descriptionMatlamat utama kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan pengurusan kitar semula di Universiti Kebangsaan Malaysia . Matlamat kajian ini dicapai dengan membahagikan kajian ini kepada tiga bahagian. Bahagian pertama adalah menentukan kadar penjanaan sisa pepejal, mengkaji komposisi sisa (sisa makanan, bahan plastik, kertas, bahan besi, bahan kaca dan lain-lain) dan pencirian sisa pepejal (kelembapan, ketumpatan, pH, nilai haba, kandungan abu, peratus kehilangan dan nisbah karbon-nitrogen). Data asas yang diperolehi digunakan untuk membangunkan sistem kitar semula di UKM. Data pelupusan sisa harian diperolehi daripada kutipan lori oleh Syarikat Alam Flora Sdn Bhd yang menjalankan aktiviti pengutipan sisa di UKM setiap hari yang mengambil masa selama setahun iaitu dari bulan Julai 2009 hingga bulan Julai 2010. Pengenal-pastian komposisi sisa pepejal dijalankan dengan dua kaedah iaitu kaedah pengasingan di punca selama seminggu iaitu dari 24 Februari 2009 hingga 2 Mac 2009 (ASTM D 5231-92, 2008) dan kaedah pengasingan berpusat selama sebulan dari 27 Julai 2009 hingga 22 Ogos 2009 (LAGA PN 98). Pencirian sisa pepejal dijalankan dengan berpandukan kaedah standard ASTM (American Society of Testing and Material Standard). Bahagian kedua adalah kajian keberkesanan aplikasi sistem kitar semula di UKM untuk mengurangkan kadar pelupusan sisa ke tapak pelupusan dengan kaedah seperti berikut:- (i) Penggunaan 2- tong dan 3-tong; (ii) Penggunaan kotak kitar semula di pejabat-pejabat; dan (iii) Pusat kitar semula. Kajian keberkesanan penggunaan 2-tong dan 3-tong adalah berdasarkan data komposisi secara timbangan berat dan bilangan kuantiti bahan yang kitar semula dijalankan selama dua minggu iaitu dari 22 Mac 2010 hingga 4 April 2010. Data kutipan bahan kitar semula di pusat kitar semula dan penggunaan kotak kitar semula di pejabat-pejabat adalah data sekunder yang diperolehi dari Syarikat Alam Flora Sdn Bhd yang bermula dari April 2010 hingga Oktober 2010. Bahagian ketiga pula ialah kajian soal-selidik tentang kesesuaian reka bentuk tong kitar semula dan tahap kesedaran konsep 3R terhadap 400 responden (pelajar). Soal selidik dijalankan secara rawak terhadap 400 respoden pelajar UKM. Keputusan kajian adalah seperti berikut:- i) Purata kadar penjanaan sisa pepejal UKM adalah 4.52 tan per hari mengikut kutipan lori pemampat Syarikat Alam Flora Sdn Bhd; ii) Komposisi sisa pepejal: 48.92% sisa makanan, 24.08% bahan plastik, 16.53% kertas, 1.47% bahan logam, 0.7% bahan kaca dan 8.31% lain-lain; iii) Pencirian sisa pepejal adalah seperti berikut: a) Purata kandungan kelembapan adalah 26.22%; b) 48.17% purata peratus kehilangan bahan meruap (volatile matter); c) 25.62% adalah purata kandungan abu; d) Purata nisbah karbon-nitrogen adalah 7.51:1; e) Purata ketumpatan pukal 273.55 kg/m3 ; f) Nilai haba dalam purata 2422.38 kcal/kg; dan g) Nilai pH adalah dalam purata keasidan pH 5.18; iv) Penggunaan kotak kitar semula dan pusat kitar semula berjaya mengutip balik bahan kitar semula daripada dilupuskan di tapak pelupusan iaitu purata 1.62% daripada kadar penghasilan sisa di UKM; v) Penggunaan 2-tong dan 3-tong juga mendapat sambutan positif dari warga UKM kerana peratus kutipan bahan kitar semula dari pengunaan 2-tong dan 3-tong adalah melebihi 50%. Kesimpulannya, dengan pengaplikasian kitar semula dalam pengurusan sisa pepejal berintegrasi di UKM dapat mengurangkan kadar pelupusan sisa ke tapak pelupusan dan juga dapat menjadikan kampus UKM sebagai contoh sebuah kampus yang lestari.,Sarjana Sains,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah""
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
dc.rightsUKM
dc.subjectRefuse and refuse disposal -- Malaysia
dc.subjectRecycling (Waste
dc.subjectetc.) -- Malaysia
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePenjanaan, komposisi, pencirian sisa pepejal serta keberkesanan pengurusan kitar semula di Universiti Kebangsaan Malaysia (Kampus Bangi)
dc.typetheses
dc.format.pages142
dc.identifier.callnoTD789.M4T534 2011 3 tesis
dc.identifier.barcode005594(2021)(PL2)
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_122293+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
14.28 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.