Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457797
Title: | Pembangunan kerangka perumahan moden Orang Asli dari aspek budaya tradisional, perancangan penempatan dan rekabentuk seni bina |
Authors: | Azalillah Ramdani Musa (P47141) |
Supervisor: | Mastor Surat, Ar. |
Keywords: | Architecture and society Architecture Domestic Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 22-Mar-2012 |
Description: | Masyarakat Orang Asli yang terdapat di Semenanjung Malaysia terdiri daripada pelbagai suku kaum yang menetap di persekitaran yang berbeza serta mengamalkan cara hidup yang berbeza. Sebahagian besar daripada mereka masih belum mampu untuk membangunkan tamadun mereka sendiri. Oleh itu pelbagai bantuan telah diberikan kepada mereka antaranya dalam bentuk pembangunan perumahan moden melalui program Rancangan Penempatan Semula. Namun perumahan moden yang telah diberikan tidak didiami dan mereka membina rumah sampingan bersebelahan dengan rumah bantuan tersebut ada juga yang kembali ke penempatan asal mereka di dalam hutan. Maka kajian ini mengenalpasti punca berlakunya krisis perumahan moden yang melanda masyarakat Orang Asli. Krisis perumahan moden ini memperlihatkan kegagalannya dari segi penerapan prinsip-prinsip seni bina warisan masyarakat Orang Asli kerana dibangunkan tidak berdasarkan kepada budaya kehidupan penghuninya serta persekitaran dimana ianya dibangunkan. Prinsip-prinsip seni bina warisan masyarakat Orang Asli dikaji melalui kerja-kerja pendokumentasian senibina asal yang telah dibangunkan secara semulajadi oleh setiap suku kaum Orang Asli. Ianya bertujuan untuk memahami pendekatan rekabentuk, teknologi binaan dan ilmu pengetahuan tradisional masyarakat Orang Asli dalam membangunkan senibina mereka tersendiri. Kaedah utama di dalam penyelidikan ini adalah kerja pendokumentasian yang meliputi kerja lapangan dan kajian pustaka. Hasil daripada kerja pendokumentasian ini, 14 jenis rumah warisan masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia dapat direkodkan, setiap jenis rumah warisan ini telah dianalisis dan disusun prinsip-prinsip mengikut faktor-faktor pembangunan seni bina warisan masyarakat Orang Asli yang diperolehi. Hasil penemuan daripada analisis ini mencadangkan kerangka strategi pembangunan perumahan moden masa kini kepada masyarakat Orang Asli dan diharap dapat membantu dalam menyelesaikan krisis perumahan moden masakini dan seterusnya dalam penyediaan konsep pembangunan perumahan moden untuk mereka agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan selesa dan dalam masa yang sama berupaya untuk mempercepatkan proses pembangunan tamadun mereka.,Sarjana Sains,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"" |
Pages: | 192 |
Call Number: | NA2543.S6A983 2012 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_122287+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 23.37 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.