Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457794
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Anuar Kasa, Ir. | - |
dc.contributor.author | Ahmad Anwar Mohamad Yunus (P52357) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-12T09:13:29Z | - |
dc.date.available | 2023-09-12T09:13:29Z | - |
dc.date.issued | 2012-01-31 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:122284 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457794 | - |
dc.description | Gempa bumi merupakan salah satu bencana yang boleh memusnahkan struktur kejuruteraan seperti bangunan, jambatan dan empangan termasuk membahayakan nyawa manusia serta merosakkan harta benda. Tahap keseismikan di Malaysia adalah berintensiti rendah kerana lokasinya terletak di kawasan yang stabil di kepingan Eurasian. Walau bagaimanapun, gegaran dapat dirasai melalui kesan medan jauh (far- field effect). Struktur kejuruteraan perlu direkabentuk dengan mengambil kira kesan gempa bumi bersesuaian dengan keamatan gegaran. Kajian ini berkaitan dengan ramalan kestabilan empangan tanah homogen dengan mengambil kira kesan gempa bumi. Sebuah empangan tanah yang berketinggian 35 m, kelebaran tapak 156 m, kelebaran puncak 12 m serta terdapat air di hulunya dijadikan kes kajian dalam menentukan faktor keselamatan. Nilai faktor keselamatan dijadikan ukuran bagi kestabilan empangan tanah di mana nilai satu adalah minimum. Kestabilan ditentukan dengan kaedah keseimbangan had (LEM) dan unsur terhingga (FEM). Perisian SEEP/W, QUAKE/W dan SLOPE/W digunakan untuk menentu faktor keselamatan. Parameter input yang digunakan adalah ketinggian air takungan (h), tempoh gempa bumi (t), pecutan bumi puncak (a), kejeleketan efektif (c’) dan sudut geseran efektif (φ’). Julat bagi pecutan bumi puncak adalah 0.2g hingga 0.25g berpandukan Garis Panduan Rekabentuk Seismik JKR manakala output adalah nilai faktor keselamatan. Sebanyak 5,760 rekabentuk empangan tanah mengikut pelbagai nilai parameter tersebut disimulasikan. Nilai faktor keselamatan minimum dalam suatu tempoh gegaran dijadikan nilai sasaran untuk membuat ramalan mengikut kes masing-masing. Penghad dalam kajian ini adalah bentuk fizikal empangan tanah dan berat unit yang malar. Nilai sasaran berubah mengikut perubahan nilai parameter input. Kestabilan berhubung kait dengan ketinggian paras air takungan dan jenis tanah yang digunakan dalam membina empangan tanah. Kestabilan permukaan empangan tanah di hilir lebih rendah jika dibandingkan dengan di bahagian hulu. Ramalan tersebut dilakukan dengan menggunakan kaedah statistik iaitu kaedah permukaan sambutan (RSM). Model matematik yang digunakan adalah persamaan linear, kuadratik tulen, interaksi dan kuadratik penuh. Ramalan dianggap tepat jika nilai ralat punca-min-kuasa-dua (RMSE) adalah sifar. Pemilihan model matematik terbaik ini adalah berdasarkan nilai RMSE yang paling kecil. Hasil kajian menunjukkan model matematik terbaik adalah persamaan kuadratik penuh. Nilai yang diperoleh daripada pengiraan model terbaik ini diplotkan bersama nilai sasaran bagi tujuan perbandingan. Sistem pengiraan faktor keselamatan yang ringkas untuk meramal kestabilan empangan tanah kesan daripada gempa bumi dibina berdasarkan hasil ramalan. Akhir sekali, pengesahan sistem dijalankan dengan merujuk kepada hasil pengiraan LEM dan FEM. Didapati tiada perbezaan yang ketara antara hasil ramalan sistem dan pengiraan. Secara umum dapat dikatakan ramalan menggunakan model matematik ini adalah memuaskan dan sistem pengiraan tersebut boleh menentukan kestabilan empangan tanah bagi menahan kesan gempa bumi.,Sarjana Sains,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Earthquake engineering -- Malaysia | - |
dc.subject | Earthquake resistant design -- Malaysia | - |
dc.subject | Dams -- Design and construction | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Penentuan faktor keselamatan empangan tanah kesan daripada gempa bumi dengan kaedah permukaan sambutan | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 91 | - |
dc.identifier.callno | TA658.44.A375 2012 3 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 005586(2021)(PL2) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_122284+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 10.51 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.