Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457792
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohammad Abdul Razak, Prof. Dato’ Dr.-
dc.contributor.authorZulkifli Ahmad @ Manap (P50206)-
dc.date.accessioned2023-09-12T09:13:27Z-
dc.date.available2023-09-12T09:13:27Z-
dc.date.issued2012-07-15-
dc.identifier.otherukmvital:122281-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457792-
dc.descriptionTulang belakang lumbar merupakan bahagian badan manusia yang sentiasa digunakan setiap hari. Oleh itu ia menjadi bahagian utama yang menyebabkan patah vertebra seterusnya sakit belakang. Sakit belakang adalah disebabkan kegagalan rangka otot badan dan masalah kesihatan serius. Masalah ini berlaku adalah kerana pekerjaan berat, postur badan statik, kerja berulang, selalu membongkok dan memutarkan badan, mengangkat barang dan daya mengejut. Tambahan pula, osteoporosis dan patah tulang adalah berkait rapat dan biasanya penekanan diberikan kepada patah tulang vertebra. Penyakit ini disifatkan akibat daripada kehilangan jisim tulang dan meningkatkan risiko vertebra untuk patah. Objektif utama bagi kajian ini adalah untuk membangunkan struktur retak pada model vertebra lumbar dari data proses imej menggunakan permodelan unsur terhingga bersama-sama dengan kaedah Monte Carlo. Secara semulajadi, ketidakpastian memainkan peranan penting dalam memahami kecederaan vertebra pada struktur retak. Metodologi kajian mengandungi permodelan vertebra lumbar, ketidaktentuan dalam persampelan struktur retak, teknik penghasilan jejaring, dan kebarangkalian menggunakan simulasi Monte Carlo. Terdapat dua jenis model yang dibangunkan untuk kajian ini; model penumpuan tegasan (MPT) dan model struktur retak (MSR). Fungsi MPT adalah untuk menyelidik kesan tegasan kritikal yang dikenakan pada model sementara MSR pula adalah untuk simulasi struktur retak menggunakan unsur terhingga dan analisis kebarangkalian. Teknik penjejaringan adalah dihasilkan secara pemetaan pada struktur retak sementara jejaring bebas dengan pertimbangan yang sesuai digunakan untuk keseluruhan badan vertebra. Oleh kerana vertebra adalah bersifat rapuh, kriteria patah adalah berasaskan kepada faktor keamatan tegasan untuk mekanik patah linear elastik (LEFM). Bagi mengendalikan parameter yang melibatkan persampelan struktur retak, analisis kebarangkalian boleh digunakan untuk menilai kegagalan model apabila digabungkan bersama analisis unsur terhingga. Kepelbagaian struktur anatomi dari pembolehubah masukan model diambil kira bagi memodelkan parameter ini sebagai pembolehubah rawak yang menyebabkan kegagalan struktur vertebra seperti geometri, sifat bahan dan beban dengan menggunakan teknik Monte Carlo. Tegasan maksimum berlaku pada kawasan pedikel dengan nilai 2.2 MPa. Keadaan ini menyebabkan kawasan tersebut lemah dan cenderung untuk patah. Sebanyak 100 sampel dicadangkan untuk mendapatkan anggaran titik yang tepat dan hanya 1% sampel gagal disebabkan oleh tegasan kenaan melebihi daripada tegasan alah atau rintangan bahan. Selain itu, faktor keamatan tegasan (SIF) untuk mod bukaan menjadi dominan berbanding mod ricih dan koyakan iaitu dengan 0.52 MPa√m. Seterusnya, analisis kepekaan mendedahkan yang parameter beban pada badan vertebra dan saiz retak memberi korelasi yang sangat besar dengan parameter keluaran. Kesimpulannya, kajian struktur retak pada pedikel sangat berguna untuk mengkaji fenomena dan sifat patah dalam beban fisiologi.,Sarjana Sains,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah""-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina-
dc.rightsUKM-
dc.subjectFinite element method-
dc.subjectMonte Carlo method-
dc.subjectLumbar vertebrae -- Diseases-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleAnalisis kepatahan ke atas vertebra lumbar tulang belakang menggunakan kaedah unsur terhingga dan Monte Carlo-
dc.typetheses-
dc.format.pages110-
dc.identifier.callnoTA347.F5Z835 2012 3 tesis-
dc.identifier.barcode005583(2021)(PL2)-
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_122281+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
17.64 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.