Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457790
Title: | Penyingkiran sebatian karbon dan organik berhalogen terjerap (AOX) dari air sisa industri kertas kitarsemula melalui sistem loji pandu granularkarbon teraktif-reaktor biofilemsesekumpul berjujukan (GAC-SBBR) |
Authors: | Mohd Hafizuddin Muhamad (P44333) |
Supervisor: | Siti Rozaimah Sheikh Abdullah, Prof. Madya Ir. Dr. |
Keywords: | Paper industry -- Waste disposal Sanitary engineering Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 12-Mar-2012 |
Description: | Pelepasan air sisa yang tidak dirawat secara efektif ke dalam sumber air oleh industri kertas dan pulpa boleh mendatangkan masalah kepada penduduk setempat kerana dikhuatiri penumpukan sebatian bertoksik dan berkarsinogenik terutamanya sebatian organik berhalogen terjerap (AOX) yang tidak disingkirkan dalam sumber air minuman. Dalam kajian ini, sistem rawatan loji pandu granular karbon teraktif - reaktor biofilem sesekumpul berjujukan (GAC-SBBR) berkapasiti maksimum sebanyak 2.2 m3 telah direka bentuk dan dibangunkan di sebuah kilang kertas kitar semula di Kajang untuk menyingkirkan COD dan AOX dari efluen air sisa kilang tersebut. Prestasi loji pandu GAC-SBBR diuji dengan empat parameter operasi iaitu nisbah COD:N:P, masa tahanan hidraulik (HRT), kadar pengudaraan (AR), kesan kepekatan suapan influen (IFC). Efluen sistem keapungan udara terlarut (DAF) dan penjernih sekunder digunakan sebagai sumber influen loji pandu. Hasil kajian menunjukkan bahawa penguraian COD dalam efluen DAF dipengaruhi oleh nisbah COD:N:P yang berbeza, dengan kecekapan penyingkiran paling tinggi untuk nisbah COD:N:P 100:5:1 (80%). Manipulasi HRT (1-3 hari) yang dilakukan untuk merawat efluen DAF pada nisbah COD:N:P 100:5:1 menunjukkan bahawa penyingkiran COD, AOX (khususnya 2,4-diklorofenol (2,4-DCP)) dan nitrogen ammonia (NH3-N) meningkat dengan peningkatan HRT dan HRT melebihi 2 hari menghasilkan penyingkiran yang lebih cekap (> 90%). Kajian kesan AR (2.1-3.4 m3 /min) menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam penyingkiran 2,4-DCP (6-96%), COD (24-80%) dan NH3-N (5-42%) apabila AR ditingkatkan. Kajian kesan IFC menunjukkan rawatan efluen DAF (700-1000 mg COD/L) menghasilkan kecekapan penyingkiran COD lebih tinggi berbanding efluen penjernih sekunder (30-50 mg COD/L). Kajian pengoptimuman yang dilakukan dengan menggunakan kaedah permukaan sambutan (RSM) menghasilkan keadaan optimum pada IFC 750 mg COD/L, HRT 1 hari dan AR 3.2 m3 /min dengan peratusan penyingkiran maksimum COD, 2,4-DCP dan NH3-N masing-masing sebanyak 95, 81 dan 100%. Ujian pengesahan bagi operasi sesekumpul dan selanjar telah dijalankan pada keadaan optimum yang dianggarkan melalui RSM. Peratusan penyingkiran COD dan NH3-N bagi operasi sesekumpul tidak menunjukkan perbezaan yang nyata (2%) dengan anggaran RSM kecuali penyingkiran 2,4-DCP (16%). Ujian pengesahan bagi operasi selanjar dan larian lanjutan bagi operasi sesekumpul pada keadaan optimum bagi penyingkiran ketiga-tiga parameter masing-masing memberikan ralat yang rendah (<9 dan <5%) berbanding anggaran RSM.,Sarjana Sains,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"" |
Pages: | 240 |
Call Number: | TD899.P3M844 2012 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_122276+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 27.47 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.