Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457787
Title: | Analisis penyusupan air ke dalam tanah dan kesan kepada kestabilan cerun |
Authors: | Marlin Ramadhan Baidillah (P52872) |
Supervisor: | M. Mukhlisin, Dr. |
Keywords: | Slopes (Soil mechanics) Soil percolation Soil infiltration rate Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 17-Feb-2012 |
Description: | Pemantauan dan pemodelan penyusupan air ke dalam tanah di cerun adalah penting bagi ramalan kegagalan cerun yang disebabkan oleh hujan lebat. Banyak persamaan- persamaan matematik telah dicadangkan untuk menggambarkan ciri lengkung air- tanah dan model kebolehtelapan air untuk analisis kegagalan cerun yang disebabkan oleh hujan. Oleh kerana perbezaan penghampiran didalam pengiraan ciri lengkung air -tanah dan model kebolehtelapan air, ia boleh menyebabkan setiap model mempunyai kesan yang berbeza ke atas ketepatan ramalan taburan kelembapan tanah. Dalam kajian ini pemantauan penyusupan air ke dalam tanah yang menggunakan sistem Electrical Capacitance Volume-Tomography (ECVT) dan perbandingan dengan pemodelan numerikal telah dilakukan untuk menyiasat mekanisma penyusupan air ke dalam tanah dalam 3D dan masa sebenar. Ini adalah percubaan buat kali pertama menggunakan ECVT dalam bidang fizik tanah. Di samping itu, model elemen 2D terhingga telah dibentuk untuk menyiasat dua masalah di dalam kegagalan cerun yang disebabkan oleh hujan, iaitu, kesan model sifat-sifat air-tanah dan lapisan batu hampar pada kestabilan cerun tanah. Tiga model sifat air-tanah, iaitu Brooks-Corey (BC), Van Genuchten (VG) dan Lognormal-Kosugi (LN) telah digunakan dan dibandingkan untuk menganalisis kelembapan tanah, fenomena pergerakan air dan ciri ketidakstabilan cerun. Selain itu, kesan ketebalan lapisan batu hampar yang mempunyai nilai kejelekitan dan sudut geseran yang tinggi telah dianalisis kerana ianya menyumbang kepada edaran kandungan kelembapan dalam kestabilan cerun. Dalam kajian eksperimen, sensor heksagon digunakan untuk sistem ECVT untuk memantau mekanisma penyusupan air ke dalam tanah di dalam sebuah wadah. Hasil pengukuran menunjukkan teknik yang baru ini boleh mengenalpasti kemasukan air di dalam tanah dan menghasilkan imej secara kualitatif oleh masa sebenar. Di samping itu, model simulasi penyusupan air di dalam sebuah wadah juga dijalankan. Ia menunjukkan hasil yang setanding diantara eksperimen dan simulasi dari segi taburan kelembapan tanah dan kelajuan perambatan. Keputusan simulasi numerik menunjukkan bahawa model BC, VG dan LN menghasilkan kandungan kelembapan tanah, pergerakan air dan ciri-ciri kkestabilan cerun yang sangat setara semasa kejadian hujan lebat. Kajian parameter telah menunjukkan bahawa model BC pada keadaan tidak tepu mempunyai faktor keselamatan yang lebih besar berbanding model lain, manakala model VG adalah model yang paling rendah. Selain itu, faktor keselamatan semua model mempunyai hasil yang sama pada keadaan tepu. Sementara itu, ketebalan lapisan batu hampar didapati mempunyai pengaruh kepada masa kegagalan.,Sarjana Sains,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"" |
Pages: | 108 |
Call Number: | TA710.M346 2012 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_122274+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 14.41 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.