Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457783
Title: | Kerangka pembangunan kampus estari bagi kolej komuniti : rekabentuk bangunan dan fasad |
Authors: | Nur Yasmin Yaaman (P83326) |
Supervisor: | Norngainy Mohd Tawil, Prof. Madya Sr. Dr. |
Keywords: | Architectural design -- Study and teaching Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 29-Jan-2019 |
Description: | Kelestarian pembangunan dalam pendidikan atau Education for Sustainable Development (ESD) merupakan salah satu cadangan kelestarian pembangunan yang telah dicadangkan oleh Malaysia. Hal ini menyebabkan institusi pendidikan negara, khususnya institusi pendidikan tinggi mula menjalankan usaha dalam transisi ke arah pembangunan kampus lestari. Penubuhan kolej komuniti sebagai institusi pendidikan tinggi diseluruh Malaysia semakin pesat dan semakin menjadi pilihan ramai pelajar. Kolej komuniti yang rata-ratanya menjadikan rumah kedai sebagai pusat pengajian berdepan cabaran dalam usaha mencapai kelestarian pembangunan kampus. Pembangunan fizikal kolej komuniti memerlukan sebuah garis panduan dalam mendukung usaha ini. Namun, garis panduan yang digunapakai hanya menyentuh perancangan bangunan awam yang umum tanpa panduan khas bagi rekabentuk pembangunan kampus sama ada bagi menaiktaraf atau pembangunan kampus baru. Garis panduan yang dihasilkan oleh universiti-universiti tidak dapat digunapakai kerana ianya tidak memenuhi keperluan, isu dan acuan rekabentuk pembangunan kolej komuniti. Maka kajian inimengenalpasti potensi dan prinsip yang bersesuaian bagi pembangunan kampus lestari di kolej komuniti, sekali gus membangunkan kerangka untuk kerja pembangunan atau penambahbaikan bagi masa hadapan. Dalam kajian ini penekanan akan diberikan kepada rekabentuk bangunan dan fasad yang merangkumi elemen-elemen yang telah dikenalpasti mampu meningkatkan nilai rekabentuk pembangunan kolej komuniti. Kaedah utama penyelidikan ini adalah melalui kajian literatur, pemerhatian berstrukturdandata sekunder. Hasil daripada dokumentasi ini, 5 jenis premis kolej komuniti telah direkodkan di seluruh Malaysia beserta status premis. Setiap premis ini dianalisis bagi mengetahui potensi dan menentukan kriteria rekabentuk untuk pembangunan kampus lestari di kolej komuniti. Hasil penemuan daripada analisis ini mencadangkan sebuah kerangka pembangunan kampus lestari bagi kolej komuniti yang dapat digunapakai oleh seluruh agensi pembangunan sama ada di peringkat kementerian, jabatan, kolej mahupun agensi yang dilantik. Kerangka ini diharapkan dapat memastikan pembangunan kolej komuniti pada masa akan datang mematuhi prinsip-prinsip kelestarian yang bersesuaian sama ada untuk pembangunan baru atau penambahbaikan bangunan sedia ada.,Sarjana Sains |
Pages: | 181 |
Call Number: | NA2750.N847 2019 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121937+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 928.01 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.