Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457776
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Hassimi Abu Hasan, Dr. | - |
dc.contributor.author | Siti Nur Hatika Abu Bakar (P85892) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-12T09:13:14Z | - |
dc.date.available | 2023-09-12T09:13:14Z | - |
dc.date.issued | 2019-01-15 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:121783 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457776 | - |
dc.description | Seperti yang diketahui umum, efluen kilang kelapa sawit (POME) tidak dikelaskan sebagai bahan buangan toksik namun, cecair campuran ini mempunyai kandungan permintaan oksigen kimia (COD) dan ammonia-nitrogen (NH3-N) yang tinggi dan boleh memberi ancaman besar terhadap alam sekitar sekiranya tidak dirawat dengan berkesan. Malangnya walaupun telah dirawat, kaedah pelepasan semula sisa ke dalam sumber air telah menyebabkan konsep kelestarian yang sedang diamalkan oleh negara-negara pengeluar sawit gagal dicapai. Hal ini mendorong para penyelidik mengambil pendekatan proses rawatan alternatif secara biologi dalam merawat POME. Antara kelebihan proses rawatan secara biologi ialah hanya memerlukan kos rawatan dan penyelenggaraan yang rendah tanpa memerlukan penambahan bahan kimia di dalam proses rawatan untuk mencapai prestasi rawatan terbaik. Kajian ini bertujuan untuk merawat POME dengan menggunakan reaktor biofilem lapisan bergerak (MBBR) yang merupakan salah satu teknologi berasaskan proses biologi. Objektif pertama kajian ini adalah menentukan parameter operasi yang mempengaruhi prestasi MBBR berisipadu 1 L iaitu jenis media penyokong, masa tahanan hidraulik serta nisbah isian medium sebelum keadaan optimum untuk merawat POME ditentukan. Seterusnya, MBBR berisipadu 50 L direka bentuk dan difabrikasi serta prestasi dalam rawatan POME ditentukan dengan memanipulasi bebanan COD dan kadar alir udara dengan menggunakan dua mod operasi yang berbeza iaitu secara sesekumpul dan selanjar. Hasil kajian objektif pertama menunjukkan, keadaan terbaik dalam merawat POME adalah dengan menggunakan medium plastik Hexafilter pada masa tahanan hidraulik dan nisbah isian medium masing-masing adalah 69.4 jam dan 29% untuk mencapai penyingkiran COD dan NH3-N masing-masing sebanyak 53.3% dan 91.8%. Seterusnya, MBBR berisipadu 50 L direka bentuk pada dimensi ketinggian 0.7 m dan diameter 0.35 m dengan operasi aliran atas dan nisbah isian medium sebanyak 50% daripada isipadu efektif reaktor. Hasil kajian objektif kedua menunjukkan bahawa MBBR yang dioperasi di dalam mod selanjar memberikan prestasi yang lebih baik dengan penyingkiran COD dan NH3-N masing-masing sebanyak 92.1% dan 97.1%. Secara kesimpulannya, MBBR didapati berupaya merawat POME dengan peratus penyingkiran COD melebihi 80% dalam mod selanjar dan boleh dijadikan sebagai sebuah unit pra rawatan.,Sarjana Sains,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Palm oil industry -- Waste disposal | - |
dc.subject | Sewage -- Purification | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Rawatan efluen kilang kelapa sawit mengunakan reaktor biofilem lapisan bergerak | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 173 | - |
dc.identifier.callno | TP684.P3S587 2019 3 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 005490(2021)(PL2) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121783+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 24.98 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.