Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457774
Title: | Tingkah laku pejalan kaki terhadap kesan pengunaan telefon bimbit di lintasan pejalan kaki |
Authors: | Mohd Syazwan Solah (P82997) |
Supervisor: | Baba Md Derus, Prof. Dr. |
Keywords: | Pedestrian accidents Cell phones and traffic accidents Pedestrians -- Safety measures Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 28-Nov-2018 |
Description: | Kemalangan jalan raya melibatkan kematian pejalan kaki di Malaysia yang direkodkan melebihi 7% setiap tahun. Keadaan ini amat membimbangkan kerana ia merupakan penyumbang ketiga kadar kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia. Banyak kajian lepas mengaitkan beberapa faktor berkaitan dengan pejalan kaki antaranya faktor pemandu, faktor pejalan kaki, faktor kenderaan, faktor persekitaran dan juga faktor demografi. Kajian ini memfokuskan kepada dwi tugasan/gangguan pejalan kaki yang disebabkan oleh telefon bimbit. Dwi tugasan/gangguan ini memberikan kesan negatif kepada tingkah laku pejalan kaki seperti mempunyai kesan ketara pada gaya melintas, meningkatkan konflik, mengurangkan perhatian kepada keadaan persekitaran, masa yang diambil untuk melintas dan banyak lagi yang mana meningkatkan risiko berlakunya kemalangan. Di Malaysia, statistik menunjukkan peningkatan peratusan penggunaan telefon meningkat saban tahun dan secara tidak langsung ianya menjadi satu ancaman yang baru kepada pejalan kaki di Malaysia. Justeru itu, isu ini perlu dikaji dan ditangani. Empat objektif kajian ini iaitu (1) menyiasat dan menganalisa data kemalangan jalan raya yang melibatkan pejalan kaki; (2) mengenalpasti jenis dwi tugasan/gangguan yang kebiasaannya dilakukan oleh pejalan kaki ketika melintas; (3) menentukan kesan hubungan antara tingkah laku tidak selamat ketika melintas dengan pejalan kaki yang melakukan dwi tugasaan/gangguan; (4) mengenalpasti hubungan antara tingkah laku tidak selamat ketika melintas dengan mod penggunaan telefon bimbit. Kajian ini menggunapakai sumber data primer dan sekunder. Data primer dicerap melalui kaedah tinjauan manakala data sekunder diperoleh melalui kajian perpustakaan, dokumen rasmi, laporan kemalangan Malaysia dan jurnal daripada sumber elektronik. Kajian tinjauan ini dilakukan di sekitar Kuala Lumpur disebabkan kepadatan aktiviti pejalan kaki serta bilangan pekerja yang bekerja di pusat bandar raya. Sebanyak 1455 pejalan kaki direkodkan sepanjang aktiviti pemerhatian dan 375 pejalan kaki direkodkan terlibat dengan pelbagai jenis dwi tugasan/gangguan. Dua bentuk analisis data digunakan iaitu analisis statistik deskriptif dan analisis statistik inferensi. Ujian Chi-square digunakan untuk menentukan hubungan di antara tingkah laku pejalan kaki yang tidak selamat dikaitkan dengan dwi tugasan/gangguan dan jenis mod penggunaan telefon bimbit. Sementara itu, ujian Nisbah Ganjil digunakan untuk melihat pengaruh dwi tugasan/gangguan terhadap tingkah kaku pejalan kaki. Hasil kajian tinjauan menunjukkan bahawa peratusan tertinggi yang direkodkan adalah dwi tugasan/gangguan penggunaan telefon bimbit sebanyak 84.8% diikuti dengan jenis dwi tugasan/gangguan lain seperti makan, membaca bahan bercetak, merokok dan sebagainya. Analisa lanjut, mendapati bahawa tingkah laku tidak selamat iaitu berjalan tidak lurus semasa melintas mempunyai hubungan yang signifikan dengan kesemua mod penggunaan telefon bimbit. Disamping itu, kajian mendapati penggunaan telefon bimbit dalam mod penggunaan aplikasi yang paling berisiko kerana ianya boleh menjejaskan keseimbangan cara berjalan seterusnya menyebabkan pejalan kaki berjalan tidak lurus selain daripada pengambilan masa yang lama ketika melintas jika dibandingkan dengan mod penggunaan telefon yang lain. Dapatan kajian ini dapat memberikan indikasi awal serta memahami isu dan situasi sebenar kesan terhadap dwi tugasan/gangguan telefon bimbit kepada pejalan kaki di Malaysia amnya.,Sarjana Sains |
Pages: | 151 |
Call Number: | HE5614.5.M4M84784 2018 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121780+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.51 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.