Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457770
Title: Rangkaian sistem tanpa wayar menggunakan modul Xbee-pro 900HP dan sensor pecutan ADXL335 untuk pemantauan kesihatan struktur
Authors: Mohd Huzairi Johari (P65112)
Supervisor: Muhammad Fauzi Mohd. Zain, Prof. Dato’ Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations
Academic -- Malaysia
Structural health monitoring
Wireless sensor networks
Issue Date: 24-Apr-2019
Description: Pemantauan kesihatan struktur adalah bidang kejuruteraan yang berperanan menganalisa keadaan semasa fizikal hayat struktur. Setiap struktur sentiasa dipastikan berada dalam keadaan reka bentuk yang asal walaupun ia boleh terjejas akibat kesan penggunaan jangkamasa panjang, cuaca, alam sekitar dan kemalangan yang disebabkan oleh kecuaian manusia. Pada tahun 2015, Malaysia dikejutkan dengan gegaran gempa bumi yang melanda Sabah pada kekuatan sederhana 5.9 pada skala Ritcher. Dengan berlakunya kekerapan gegaran gempa bumi di Malaysia, adalah menjadi satu keperluan untuk mempunyai sistem pemantauan kesihatan struktur tanpa wayar tempatan yang dapat melakukan penilaian secara berterusan terhadap kesihatan struktur atau prasarana awam. Permasalahan yang dilihat pada sistem pemantauan kesihatan struktur tanpa wayar terdahulu adalah kurangnya penekanan terhadap aplikasi pemantauan yang digunapakai. Disamping itu penekanan terhadap pengoperasian sensor dari satu titik ke pelbagai titik tidak begitu ditekankan. Malahan jarak komunikasi yang agak terhad iaitu sekitar 30 meter hingga 700 meter. Ia dianggap kekurangan dalam mencapai matlamat pemantauan di dalam masa nyata. Oleh itu kajian ini dilakukan bertujuan untuk membangunkan sistem pemantauan kesihatan struktur secara tanpa wayar antara muka menggunakan platform XBee-Pro 900 HP dan perisian pengaturcaraan di paparan komputer. Juga untuk mengaplikasikan komunikasi sensor dari pemancar berlainan yang berfungsi disetiap titik pemantauan. Disamping itu untuk meningkatkan kecekapan pemantauan kesihatan struktur dengan mendapatkan bacaan data masa sebenar dari tempat yang berbeza secara tanpa wayar. Untuk tujuan ini sistem pemantauan kesihatan struktur secara tanpa wayar yang mengintegrasikan modul XBee-Pro 900HP dan sensor pecutan adalah dibangunkan. Komunikasi lebih dari satu sensor dari pemancar yang berlainan lokasi ke satu pusat pemantauan sistem diaplikasikan. Bacaan data masa nyata yang diterima dari setiap sensor dibangunkan dengan menggunakan JAVA dan bahasa C# bagi paparan di pusat pemantauan yang bersesuaian untuk penggunaan terus pada paparan komputer. Penggunaan modul XBee-Pro 900HP adalah kerana keupayaan berkomunikasi dalam pelbagai mod, kemampuan berkomunikasi jarak jauh dan kelebihan memproses data dari pelbagai jenis sensor. Sensor pecutan ADXL335 yang digunakan adalah peranti yang mengukur gerakan berayun disebabkan gegaran. Hasil kajian ini mendapati kemampuan integrasi modul XBee-Pro 900HP dan sensor pecutan yang digunakan iaitu ADXL335 adalah stabil pada bacaan ketiga-tiga paksi X, Y dan Z. Nilai bacaan dalam keadaan statik diambil pada kedua-dua sensor di dua titik berbeza untuk mengesahkan bacaan. Bacaan pertama adalah sebelum data dihantar secara tanpa wayar yang diambil secara manual dan bacaan kedua adalah output pada komputer pemantauan. Bacaan yang diperolehi adalah di antara 1.6 volt hingga 1.7 volt pada paksi X dan Y, manakala 1.9 volt hingga 2.00 volt pada paksi Z, dengan nilai perbezaan yang tidak begitu ketara iaitu tidak lebih daripada 100 milivolt.. Perubahan graf ketiga-tiga paksi X, Y dan Z adalah bersamaan pada kedua-dua sensor. Keputusan ini mengesahkan kesahihan pembacaan sistem pemantauan. Sebagai kesimpulan, rangkaian sistem pemantauan kesihatan struktur tanpa wayar menggunakan XBee-Pro 900HP adalah kaedah terbaik dan sejajar dengan industri 4.0 melalui penggunaan teknologi IoT.,Sarjana Sains
Pages: 120
Call Number: TA656.6.M834 2019 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121015+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
3.57 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.