Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457762
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorShuhaida Harun, Dr.-
dc.contributor.authorNurul Suraya Rosli (P80326)-
dc.date.accessioned2023-09-12T09:13:01Z-
dc.date.available2023-09-12T09:13:01Z-
dc.date.issued2018-12-31-
dc.identifier.otherukmvital:120695-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457762-
dc.descriptionPelepah kelapa sawit (OPF) mempunyai potensi sebagai bahan suapan dalam proses biopenukaran memandangkan ketersediaan bahan yang sangat banyak dengan komposisi karbohidrat yang tinggi. Walaupun demikian, ketegaran dinding sel menjadi penghalang utama untuk menghasilkan proses biopenukaran yang cekap khususnya proses hidrolisis berenzim bagi menukarkan karbohidrat kompleks kepada monomer ringkas. Oleh itu, prarawatan diperlukan untuk merawat serat OPF agar dapat meningkatkan ketercernaan enzim. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan keadaan optimum proses prarawatan ammonium hidroksida bertekanan (PAH) ke atas serat OPF dan seterusnya menentukan kesan prarawatan PAH pada keadaan optimum terhadap degradasi ultrastruktur serat OPF serta potensinya dalam proses hidrolisis berenzim pada muatan glukan rendah dan tinggi. Pengoptimuman prarawatan PAH dijalankan menggunakan kaedah ransangan permukaan (RSM) dengan tiga faktor iaitu suhu prarawatan (100 - 180°C), tempoh prarawatan (30 - 90 minit) dan kepekatan ammonium hidroksida (NH4OH) (10 - 25% v/v) menggunakan prestasi penukaran hidrolisis glukan dan xilan sebagai respons. Hidrolisis berenzim menggabungkan enzim Cellic CTec2 dan Cellic HTec2 dijalankan pada keadaan piawai hidrolisis. Keadaan optimum prarawatan PAH ditentukan pada 180°C, 30 minit dan 25% kepekatan NH4OH yang menyumbang kepada 94.16% dan 70.87% bagi penukaran hidrolisis glukan dan xilan. Pencirian kuantitatif dan kualitatif bagi degradasi ultrastruktur serat OPF dijalankan menggunakan beberapa analisis. Komposisi kimia serat OPF dikenalpasti menggunakan kaedah yang dibangunkan oleh National Renewable Energy Laboratory (NREL). Komposisi kimia serat mentah OPF terdiri daripada 41.3% glukan, 18.9% xilan dan 23.4% lignin, manakala bagi serat terawat OPF mengandungi 38.7% glukan, 16.4% xilan dan 21.2% lignin dimana menunjukkan berlaku sedikit perubahan dalam komposisi. Komposisi cecair legam selepas prarawatan mengandungi 70 mg Glucose equivalent (GE) karbohidrat dan 72 mg Gallic acid equivalent (GAE) kandungan sebatian fenolik per gram OPF. Analisis morfologi permukaan menggunakan SEM menunjukkan perubahan bentuk struktur serat terawat OPF yang ketara dengan pembentukan liang melalui penyingkiran silika dan kemusnahan mikrofibril dalaman, manakala analisis TEM menunjukkan berlaku degradasi ultrastruktur dinding sel serat OPF. Analisis FTIR membuktikan degradasi kimia telah berlaku pada dinding sel OPF dan analisis XRD pula menunjukkan indeks penghabluran serat terawat optimum OPF mencecah 71.9% berbanding serat mentah OPF hanya pada 49%, manakala analisis XPS membuktikan penyingkaran komponen lignoselulosa telah berlaku melalui pengurangan nisbah oksigen kepada karbon (O/C) pada permukaan serat OPF selepas prarawatan dijalankan. Hidrolisis berenzim pada muatan glukan 1%, 3% dan 6% menunjukkan kenaikan pada kepekatan glukosa dan xilosa daripada 10.56g/L kepada 49g/L and 4.6g/L kepada 20.6g/L, manakala berlaku penurunan pada peratusan penukaran glukan dan xilan daripada 95.9% kepada 65.9% bagi glukan dan 74.8% kepada 49.4% bagi xilan apabila muatan glukan meningkat. Penemuan ini telah membuktikan bahawa prarawatan PAH mampu untuk meningkatkan ketercernaan serat OPF dalam proses hidrolisis berenzim dan ia memberi pengaruh yang signifikan terhadap degradasi ultrastruktur serat tersebut.,Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina-
dc.rightsUKM-
dc.subjectHydrolysis-
dc.subjectAmmonium-
dc.subjectPalm oil-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePengoptimuman prarawatan ammonium hidroksida bertekanan dan kesan terhadap degradasi ultrastruktur pelepah kelapa sawit-
dc.typetheses-
dc.format.pages120-
dc.identifier.callnoTP156.H82N837 2018 3 tesis-
dc.identifier.barcode005377(2021)(PL2)-
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120695+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
2.4 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.