Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457752
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Jamaliah Md. Jahim, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Ario Betha Juanssilfero (P45145) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-12T09:12:54Z | - |
dc.date.available | 2023-09-12T09:12:54Z | - |
dc.date.issued | 2012-02-17 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:120399 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457752 | - |
dc.description | Sistem dua fasa berakuas termo-pemisahan merupakan sejenis sistem ekstraksi cecair yang menawarkan suatu kaedah yang lembut untuk pemisahan pelbagai biomolekul. Kebiasaannya sistem ini dibentuk dengan menggunakan kopolimer etilena oksida (EO)-propilena oksida (PO) sebagai salah satu pembentuk fasa. Pemilihan sistem polimer adalah penting dan melibatkan penilaian yang kompleks, di mana sifat-sifat polimer dan implikasi ke atas penggunaannya dalam proses pemisahan dan ekstraksi biomolekul perlu dikaji. Objektif kajian ini adalah untuk mencirikan beberapa kopolimer pemisahan terma sebagai salah satu pembentuk fasa, serta untuk mendapatkan sistem ekstraksi yang sesuai bagi pemisahan asid amino menggunakan sistem dua fasa berakuas termo-pemisahan. Kopolimer yang digunakan dalam kajian ini adalah Berol® 370, Breox® 43A 1000, Breox® 50A 1000 dan Dehypon® LS 54. Kaedah-kaedah pencirian yang digunakan adalah kaedah spektroskopi inframerah dan spektroskopi salunan magnet nuklear, penentuan suhu takat keruh, pengukuran tegangan permukaan, serta analisis gravimetri terma. Dehypon® LS 54 didapati merupakan kopolimer blok EOPO yang lebih bersifat hidrofobik kerana terdapat bahagian rantai alifatik alkohol. Kopolimer ini juga memiliki suhu takat keruh yang rendah. Keputusan ujikaji juga menunjukkan bahawa Breox® 43A 1000 dan Breox® 50A 1000 merupakan kopolimer rawak EOPO dan memiliki struktur kimia yang sama. Walau bagaimanapun, Breox® 43A 1000 memiliki ketulenan kopolimer yang lebih tinggi berbanding Breox® 50A 1000. Kopolimer Berol® 370 didapati merupakan kopolimer blok EOPO yang juga bersifat hidrofobik, namun begitu, kopolimer ini telah didapati mengandungi kumpulan alil eter yang bersifat toksik dan tidak mesra alam. Kopolimer Dehypon® LS 54 dan Breox® 43A 1000 telah dipilih untuk dipasangkan dengan terbitan kanji (kanji hidroksipropil (HP200), dan kanji ubi kayu (K4484)) bagi pembentukan sistem dua fasa pemisahan terma. Gambarajah fasa dengan garis ikat bagi sistem terpilih iaitu Dehypon® LS 54-HPS200, Dehypon® LS 54-K4484, Breox® 43A 1000-HPS200 dan Breox® 43A 1000-K4484 seterusnya dibina menggunakan kaedah penentuan komposisi komponen-komponen pembentuk fasa. Asid amino L-leusina dan L-triptofan yang bersifat hidrofobik serta asid amino L-glutamina yang bersifat hidrofilik digunakan sebagai bahan larut sasaran dalam ujikaji pengekstrakan. Dalam ujikaji partisi pada sistem fasa primer, didapati nilai pekali partisi bagi asid amino L-leusina dan L-triptofan adalah tinggi (K>1.0). Nilai pekali partisi yang tinggi bagi kedua-dua asid amino ini mungkin disebabkan kerana adanya saling tindak hidrofobik di antara asid amino dengan bahagian hidrofobik daripada kopolimer. Ujikaji partisi pada sistem fasa anjakan suhu menunjukkan hasil yang berlawanan, di mana nilai pekali partisi bagi L-glutamina (asid amino hidrofilik) didapati jauh lebih tinggi (K=12.0-60.0) dalam setiap sistem dua fasa. Tingginya nilai pekali partisi bagi L-glutamina di dalam sistem fasa anjakan suhu disebabkan kerana asid amino ini memiliki interaksi yang kuat dengan molekul air yang bersifat polar, selain itu, adanya kesan isipadu tersingkir (excluded volume effect) pada fasa kopolimer juga dapat menyebabkan asid amino ini untuk terpartisi secara kuat kepada fasa air. Hasil ujikaji partisi asid-asid amino menunjukkan bahawa kelakuan partisi asid-asid amino adalah sangat bergantung kepada sifat-sifat polimer pembentuk fasa dan sifat-sifat asid amino itu sendiri.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Biomolecules -- Separation | - |
dc.subject | Copolymers | - |
dc.subject | Amino acids | - |
dc.subject | Amino acids -- Separation | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Pencirian kopolimer EOPO sebagai pembentuk fasa dalam sistem dua fasa polimer polimer termo-pemisahan untuk pengekstrakan asid amino | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 185 | - |
dc.identifier.callno | TP248.25.S47A756 2012 3 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 005352(2021)(PL2) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120399+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 787.04 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.