Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457747
Title: Aplikasi percubaan kaedah pengkomposan dalam pengurusan sisa makanan di kafeteria UKM
Authors: Zarina Shahudin (P52841)
Supervisor: Noor Ezlin Ahmad Basri, Prof. Madya Dr.
Keywords: Compost -- Malaysia
Refuse and refuse disposal
Refuse and refuse disposal -- Environmental aspects
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 7-May-2012
Description: Jumlah sisa pepejal yang terjana di dalam kampus UKM semakin meningkat setiap tahun dengan anggaran sebanyak 8 tan sisa pepejal dihasilkan dalam setahun. Daripada jumlah ini, lebih kurang 43% daripada jumlah keseluruhan sisa pepejal di kampus UKM adalah terdiri daripada sisa organik. Dengan jumlah yang tinggi ini, pelbagai langkah pengurusan sisa telah dipraktikkan bagi memastikan pengurusan sisa ke arah ekosistem lestari di UKM dapat direalisasikan. Kajian yang dijalankan adalah mengambilkira kepada keadaan sebenar pengurusan sisa makanan di kafeteriakafeteria UKM dengan pengaplikasiannya adalah bertujuan untuk mendapatkan kaedah kompos terbaik yang boleh digunakan di UKM. Pembaikan yang dijalankan untuk setiap percubaan kaedah kompos mengambilkira kelemahan pada kaedah yang digunakan di dalam kajian ini. Tiga percubaan kaedah kompos dijalankan bermula dengan tong kompos, drum berputar dan kemudian tong berputar menggunakan sisa makanan dimasak dan yang tidak dimasak. Beberapa kafeteria kolej kediaman UKM telah dipilih bagi tujuan kajian ini iaitu Kolej Rahim Kajai, Kolej Dato’ Onn, Kolej Keris Mas dan Kolej Ibu Zain. Pencirian sisa makanan dijalankan berpandukan kaedah ASTM (American Society for Testing and Materials) bagi menguji parameter seperti nilai pH, kandungan lembapan, suhu, nisbah C:N, nutrien NPK dan logam berat. Daripada kajian ini, didapati kaedah pengkomposan yang terbaik adalah menggunakan tong berputar kerana produk kompos mempunyai nisbah C:N yang baik iaitu dari julat 17:1 ke 19:1, berbanding dengan tong kompos antara julat 6:1 hingga 12:1. Malah masa pengkomposan menggunakan tong berputar paling singkat iaitu selama minggu ke 6 berbanding dengan tong kompos selama 12 minggu. Dari segi penyusutan berat, tong kompos berputar mengalami penyusutan yang paling tinggi iaitu sebanyak 81.1% diikuti oleh drum berputar sebanyak 74.4% dan tong kompos dengan nilai purata 67.7% untuk tiga tong. Drum berputar mempunyai kelemahan dari segi saiz yang terlalu besar dan kesukaran untuk diputarkan, dan ini memerlukan jentera pemutar. Adalah diamati kaedah tong kompos berputar amat berpotensi untuk dilaksanakan di UKM memandangkan sistem ini mempunyai mekanisma yang mudah untuk diputarkan. Secara fizikal, hasil kompos bagi ketiga-tiga kaedah adalah baik kerana tidak berbau, berkeadaan dan berwarna seperti tanah, berkelembapan antara 50%-60% dan nutrien NPK bersesuaian dengan keperluan tanah. Melalui kajian ini juga, pelbagai aktiviti pengkomposan diadakan seperti mengadakan demonstrasi dan bengkel kepada warga UKM tentang pengkomposan. Daripada kajian pengkomposan ini, satu komposter yang efisien, praktikal dan ekonomi direka cipta bersesuaian dengan keperluan UKM malah pengurusan sisa makanan diperkuatkan lagi dengan merangka satu garis panduan agar pengkomposan sisa makanan dilaksanakan dan hasil kompos dapat diguna semula ke tanah sebagai penyubur tanah atau landskap.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 234
Call Number: TD796.5.Z346 2012 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120361+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
691.26 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.