Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457745
Title: | Rekabentuk dan perwatakan senibina di kawasan pelancongan tani di Indonesia dan Malaysia |
Authors: | Fahrijah Faisal (P47006) |
Supervisor: | Mastor Surat, Ar. |
Keywords: | Agritourism -- Indonesia Agritourism -- Malaysia Architecture and tourism -- Indonesia Architecture and tourism -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 10-May-2012 |
Description: | Pelancongan tani, seperti juga jenis pelancongan lain, memerlukan pengurusan yang bersungguh-sungguh dalam perancangan dan penataannya supaya dapat berkembang dan berterusan. Dalam menguruskan tapak pelancongan tani, terdapat kecenderungan pihak pengusaha untuk mempelbagaikan kegiatan riadah dengan membina pelbagai bentuk senibina di kawasan pelancongan tersebut, tanpa mempertimbangkan kesesuaiannya dengan kedaerahan, jenis pelancongan, dan kegunaan tapak. Tesis ini bertujuan untuk mengkaji rekabentuk dan perwatakan senibina yang terdapat di kawasan pelancongan tani di Indonesia dengan mengenalpasti kesesuaiannya terhadap jenis pelancongan sebagaimana yang telah dibangunkan di tempat lain dan dianggap berjaya seperti BOH Tea Centre di tanah tinggi Cameron (Malaysia). Metodologi kajian menggunakan kaedah kualitatif dengan analisis deskriptif dan komparatif, yang membandingkan rekabentuk dan perwatakan senibina pada kawasan pelancongan tani di Indonesia dan Malaysia melalui lawatan serta kajian pustaka. Hasil kajian mendapati bahawa rekabentuk senibina pada kawasan pelancongan tani di Indonesia direkabentuk mengikut pelbagai gaya senibina seperti yang terdapat pada tapak pelancongan tani yang dikaji. Selain itu, ada kecenderungan mengembangkan tapak pelancongan tani menjadi jenis pelancongan lain seumpama taman tema, sebagaimana dilihat dengan adanya bentuk-bentuk senibina seperti Alam Imajinasi, dan The Pongo Theatre. Hasil kajian juga merumuskan suatu garis panduan untuk usaha tapak pelancongan tani, iaitu dengan menentukan apakah kehadiran rekabentuk dan perwatakan senibina di kawasan pelancongan tani sudah sesuai dengan kegiatan pelancongan tersebut atau sebaliknya. Pada akhirnya, bagi para pengusaha tapak-tapak pelancongan tani ataupun kepada yang ingin menguruskan jenis usaha pelancongan ini, akan mendapati gambaran tentang rekabentuk dan perwatakan senibina yang berpatutan. Sehingga senibina di kawasan pelancongan tani bukan sahaja berpewatakan menarik tetapi berketepatan dengan tahap pemikiran semasa serta memiliki sifat jiwa setempat dan jiwa sezaman,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" |
Pages: | 257 |
Call Number: | NA2543.T68F337 2012 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120323+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.19 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.