Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457742
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Fatihah Suja’, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Arij Yusof (P44338) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-12T09:12:47Z | - |
dc.date.available | 2023-09-12T09:12:47Z | - |
dc.date.issued | 2012-08-09 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:120188 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457742 | - |
dc.description | Diklorvos ialah salah satu racun perosak yang dibenarkan penggunaannya di Malaysia walaupun Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (USEPA) telah mengkategorikan racun dari kumpulan organofosfat ini sebagai karsinogen berpotensi kepada manusia. Berikutan data kerja lapangan yang terhad, penilaian risiko ke atas diklorvos dijalankan dengan menentukan penilaian pendedahan bahan kimia ini melalui ujian toksikologi in vitro. Dalam kajian ini, kesan sitotoksik dan genotoksik diklorvos ke atas sel ditentukan melalui ujian sitotoksisiti iaitu ujian MTT serta tiga ujian genotoksisiti, iaitu ujian Ames, asai Komet beralkali dan ujian Mikronukleus in vitro. Hasil keputusan ujian menunjukkan diklorvos memberi kesan sitotoksik ke atas sel hepar Chang dan sel fibroblas V79 dengan nilai IC50 masing-masing 192 µg/ml dan 154.5 µg/ml. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga ujian genotoksisiti tidak menunjukkan kesan positif. Namun, daripada pemerhatian, pada kepekatan IC25 diklorvos iaitu 39 µg/ml, nilai momen ekor (Tm) dan peratus DNA ekor (TD) bagi asai Komet serta nilai frekuensi formasi mikronukleus bagi ujian Mikronukleus menunjukkan peningkatan dua hingga lima kali ganda daripada hasil yang ditunjukkan oleh kawalan negatif dalam ujian masing-masing. Ini menunjukkan diklorvos masih menyebabkan kesan genotoksik rendah ke atas sel selanjar V79. Maka, daripada hasil keputusan ujian toksikologi in vitro, nilai IC25 dan IC50 diklorvos ke atas sel V79 digunakan dalam penentuan penilaian pendedahan diklorvos melalui kaedah model pendedahan. Dos dedahan diklorvos yang memberi kesan sitotoksik ke atas individu melalui ingesi air minuman dan semasa berenang masing-masing bernilai 3.09 mg/kghari dan 0.006 mg/kg-hari. Bagi cara masukan melalui sedutan udara, dos dedahan adalah 252 g/kg-hari bagi pekerja kilang kayu lapis dan 290 mg/kg-hari bagi pekebun. Manakala melalui ingesi sayuran, dos dedahan adalah antara 0.01 hingga 0.23 mg/kghari untuk tiga jenis tanaman iaitu tanaman berdaun, berakar dan menjalar. Bagi dos dedahan diklorvos yang memberi kesan genotoksik pula, melalui ingesi air minuman dan ingesi semasa berenang, nilainya adalah 0.78 mg/kg-hari dan 0.001 mg/kg-hari. Nilai dos dedahan melalui sedutan udara pula bernilai 63 g/kg-hari bagi pekerja kilang kayu lapis dan 73 mg/kg-hari bagi pekebun. Melalui ingesi sayuran, nilai dos dedahan genotoksik diklorvos adalah dalam julat 0.002 hingga 0.06 mg/kg-hari. Berbanding dengan nilai dos dedahan rujukan, RfD, untuk diklorvos daripada USEPA yang bernilai 0.0005 mg/kg-hari, kesemua nilai dos dedahan diklorvos melalui tiga medium sekitaran yang dikira melalui kaedah model adalah jauh lebih tinggi. Oleh itu, kesimpulannya, berdasarkan ujian toksikologi in vitro, nilai IC25 dan IC50 yang diperoleh memberi nilai dos dedahan diklorvos yang lebih tinggi berbanding dos selamat yang dikeluarkan oleh USEPA dan ia berpotensi memberikan kesan mudarat jika manusia terdedah secara berterusan kepadanya.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Toxicity testing -- In vitro | - |
dc.subject | Dichlorvos -- Toxicology | - |
dc.subject | Dichlorvos -- Malaysia | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Ujian toksikologi in vitro bagi penentuan nilai dedahan untuk penilaian risiko diklorvos | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 161 | - |
dc.identifier.callno | QH541.15.T68A736 2012 3 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 004078(2019)(PL2) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120188+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 289.1 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.