Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457739
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Siti Rozaimah Sheikh Abdullah, Prof Ir. Dr. | |
dc.contributor.author | Salmi Nur Ain Sanusi (P53351) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-12T09:12:45Z | - |
dc.date.available | 2023-09-12T09:12:45Z | - |
dc.date.issued | 2013-08-15 | |
dc.identifier.other | ukmvital:120074 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457739 | - |
dc.description | Fitoremediasi adalah proses yang menggunakan tumbuh-tumbuhan untuk mengurangkan pencemaran dari persekitaran. Ia adalah salah satu alternatif terkini di dalam teknik pemulihan. Kegunaan proses fitoremediasi untuk meningkatkan proses penyingkiran bahan cemar hidrokarbon petroleum telah dikaji dengan mendalam sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Di Malaysia, fitoremediasi merupakan satu teknik pemulihan yang masih baru dan masih di dalam peringkat kajian. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti tumbuhan tempatan di Malaysia yang berpotensi di dalam proses fitoremediasi. Paspalum scrobiculatum L. Hack dan Paspalum vaginatum Sw telah digunakan dalam kajian ini untuk merawat tanah yang tercemar dengan hidrokarbon. Kedua-dua tumbuhan ini adalah tumbuh-tumbuhan tempatan dan berada di dalam keluarga rumput (Graminae). Di dalam kajian ini, diesel telah dipilih sebagai model bahan pencemar untuk mewakili hidrokarbon petroleum dan ia dianalisis sebagai jumlah hidrokarbon petroleum (TPH). Kajian awalan telah dilakukan selama 28 hari melalui cerapan fizikal pertumbuhan untuk menganggarkan kepekatan diesel yang mana tumbuh-tumbuhan tersebut boleh hidup. Daripada keputusan kajian awalan yang diperoleh, kajian fitotoksisiti pula seterusnya dilakukan dengan menganalisis TPH diesel. Bagi P. vaginatum, kajian fitotoksisiti menunjukkan selepas 72 hari pensampelan, peratus penyingkiran TPH diesel di dalam pasir yang dicampurkan dengan diesel pada 10, 20 dan 30 g diesel/kg pasir masingmasing adalah 93, 52 dan 8%. Bagi P. scrobiculatum pula, pada hari terakhir pensampelan, peratus penyingkiran TPH diesel yang dicatatkan adalah 78, 62 dan 47% bagi masing-masing 10, 20 dan 30 g diesel/kg pasir. Daripada keputusan yang diperoleh, P. scrobiculatum telah dipilih untuk dilaksanakan di dalam kajian fitoremediasi loji pandu. Dalam eksperimen ini, tiga kepekatan diesel (0.05, 1.50 dan 3.00 g diesel/kg pasir) dan tiga kadar alir udara (0, 1 dan 2 L/min) dibekalkan. Selepas 72 hari pensampelan, peratus penyingkiran TPH diesel yang direkodkan bagi kepekatan 3.00 g diesel/kg pasir adalah 50, 90 dan 59% bagi masing-masing pengudaraan 0, 1 dan 2 L/min. Pengoptimuman penyingkiran TPH diesel melalui Kaedah Sambutan Permukaan (RSM) telah meramalkan keadaan optimum 3.00 g/kg bagi kepekatan diesel, 0.27 L/min bagi kadar alir udara dan 70 hari bagi hari pensampelan dengan peratus penyingkiran TPH diesel maksimum sebanyak 75%. Satu larian uji kaji pengesahan telah dilakukan pada keadaan optimum tersebut dan hasilnya terdapat sebanyak 4% ralat berbanding dengan keputusan yang dianggarkan oleh RSM. Kesimpulannya, P. scrobiculatum merupakan satu tumbuhan tempatan yang berpotensi bagi proses fitoremediasi hidrokarbon,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia-Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.subject | Phytoremediation | |
dc.subject | Hydrocarbons | |
dc.subject | Paspalum scrobiculatum | |
dc.subject | Paspalum vaginatum | |
dc.title | Fitoremediasi hidrokarbon menggunakan tumbuhan paspalum scrobiculatum l. hack dan paspalum vaginatum sw | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 238 | |
dc.identifier.callno | TD878.48.S239 | |
dc.identifier.barcode | 002740(2013) | |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120074+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 796.27 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.