Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457738
Title: | Analisis biomekanik dan pengoptimuman prestasi tendangan kekura kaki di kalangan pemain bola sepak di Malaysia |
Authors: | Mohd. Firdaus Mahamad Ali (P49896) |
Supervisor: | Baba Md Deros, Prof. Dr. Hj |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia-Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Biomechanics Kinesiology Football players-Malaysia |
Issue Date: | 15-Jul-2013 |
Description: | Di Malaysia, pencapaian bagi kebanyakan jenis sukan adalah kurang memberangsangkan. Walaupun bola sepak telah menuju ke era profesional, prestasinya masih di tahap rendah dan tidak dapat dibanggakan. Setelah dikaji, pemain bola sepak negara masih lemah dalam teknik tendangan. Kelemahan dari aspek tendangan merupakan faktor utama yang menyebabkan sesebuah permainan bola sepak menjadi kurang berkualiti. Teknik tendangan yang berkualiti merupakan aspek terpenting bagi seorang pemain bola sepak meningkatkan kualiti permainan. Teknik tendangan kekura kaki merupakan teknik tendangan yang kerap digunakan dalam sukan bola sepak bagi tujuan hantaran pendek dan tepat serta ketika melakukan jaringan. Kajian ini dijalankan bagi mengkaji pengaruh dan meramalkan nilai parameter optimum arah sudut larian, jarak kaki sokongan daripada bola dan tekanan dalaman bola terhadap halaju sudut pada bahagian kaki yang menendang. Seramai enam orang subjek dari pelbagai kategori telah dipilih sebagai subjek dalam kajian ini. Subjek yang dipilih menggunakan kaki dominan kanan dan bebas daripada sebarang kecederaan. Pengumpulan data dilakukan dengan mengambil gambar video 3 dimensi yang difokuskan pada bahagian bawah badan iaitu dari paras pinggang ke buku lali. Untuk tujuan ini, penanda akan dilekatkan pada bahagian bawah badan sebelum tendangan dilakukan oleh subjek. Dalam analisis biomekanik ini, pembolehubah-pembolehubah seperti arah sudut larian, jarak kaki sokongan dengan bola dan tekanan dalaman bola telah didapati mempengaruhi purata halaju sudut bagi lutut. Analisis data telah dilakukan dengan menggunakan perisian 3 Dimensi Qualisys Track Manager. Bagi analisis statistik, dua perisian digunakan iaitu perisian Microsoft Excel 2007 dan perisian Minitab 15.0 yang menggunakan kaedah tindak balas permukaan. Analisis statistik menggunakan kaedah Taguchi, susunan Orthogonal L9 telah direkabentuk dan keputusan kajian dianalisis berdasarkan purata nisbah isyarat hingar (S/N) dan analisis varian (ANOVA). Didapati nilai-P yang diperolehi bagi ketiga-tiga parameter daripada analisis ANOVA untuk nisbah S/N adalah kurang daripada 0.05. Ini menunjukkan bahawa faktor arah sudut larian, jarak kaki sokongan dengan bola dan tekanan dalaman bola mempunyai hubungan yang signifikan dengan kadar purata halaju bagi lutut. Manakala hasil kajian melalui kaedah Taguchi memberikan nilai optimum bagi ketiga-tiga parameter ini, iaitu arah sudut larian sebanyak 45°, jarak kaki sokongan sebanyak 10cm dan tekanan dalaman bola sebanyak 0.9bar. Bagi analisis menggunakan kaedah tindak balas permukaan, rekabentuk Box-Behnken telah digunakan. Model analisis tertib pertama telah dibina sebagai analisis awalan kajian dan model tertib kedua atau model kuadratik dibangunkan dengan mengambil kira kesan interaksi. Nilai optimum bagi ketiga-tiga parameter iaitu arah sudut larian adalah sebanyak 53.6°, jarak kaki sokongan sebanyak 8.84cm dan tekanan bola sebanyak 0.9bar dengan halaju sudut bagi lutut sebanyak 779.27 darjah/saat telah terhasil. Hasil kajian menunjukkan parameter arah sudut larian, jarak kaki sokongan daripada bola dan tekanan dalaman bola mempunyai kesan yang signifikan terhadap purata halaju lutut bagi kedua-dua kaedah yang digunakan,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 135 |
Call Number: | QH513.M834 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120073+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.72 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.