Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457735
Title: Perubahan bilangan hari hujan dan amaun hujan bagi tahun (1988-2014)
Authors: Nur Deana Najwa Zainal (P75359)
Supervisor: Firdaus Mohammad Hamzah, Dr.
Keywords: Rain and rainfall -- Malaysia
Climatic changes
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 12-Jun-2018
Description: Disebabkan pemanasan global, parameter yang menyumbang kepada perubahan iklim seperti suhu, tekanan udara, angin, curahan hujan dan kelembapan mengalami perubahan peristiwa hujan besar. Melalui Laporan Penilaian Keempat (AR4) yang dikeluarkan oleh Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (IPCC), suhu global telah meningkat sebanyak kira-kira 0.74°0.18°C sejak bermula abad ke-20. Malaysia juga turut merasai perubahan ini apabila berlakunya banjir teruk terutamanya di kawasan bandar. Namun, catuan air berkala semakin kerap dijalankan kerana paras air di empangan masih di tahap rendah walaupun hujan lebat berlaku. Oleh itu, kajian ini adalah untuk melihat impak salah satu parameter perubahan iklim iaitu curahan hujan. Hipotesis kajian mengatakan bahawa terdapat hubungkait positif antara amaun hujan dan bilangan hari hujan. Enam kawasan kajian dipilih iaitu empat dari kawasan barat (UKM, PORIM, Semenyih dan Subang) dan dua dari kawasan timur Semenanjung Malaysia (Kuantan dan Terengganu), di mana keenam-enam kawasan kajian merupakan kawasan yang mengalami pembangunan pesat. Kajian dibahagi kepada tiga fasa. Pada fasa 1, trend perubahan hujan bagi kawasan kajian sepanjang 27 tahun telah dianalisis dengan menggunakan kaedah Mann-kendall dan Cerunan Sen (Sen’s Slope). Secara keseluruhan hasilnya menunjukkan hanya beberapa stesen sahaja mempunyai trend signifikan yang menaik mahupun menurun bagi hujan bulanan namun bagi trend tahunan hanya kawasan UKM dan PORIM sahaja menunjukkan trend menaik yang signifikan. Kajian diteruskan ke fasa 2 iaitu melihat kala kembali hujan (return period) dengan menggunakan kaedah kebarangkalian penyuaian terbaik (best fit probability distribution). Dapatan di fasa ini menunjukkan amaun hujan pada kala kembali bagi 2,5, 10 dan 20 tahun di kesemua kawasan kajian adalah menurun. Fasa 3 merupakan fasa bagi melihat hubungan di antara bilangan hari hujan dan amaun hujan telah dibahagi kepada 3 bahagian iaitu melihat kekuatan korelasi antara pembolehubah, memperkukuhkan hubungan korelasi dan akhir sekali analisis taburan hujan setempat. Pekali Korelasi Pearson digunakan bagi melihat kekuatan korelasi, regresi pelicinan (smooth regression) digunakan bagi memperkukuhkan hubungan korelasi dan indeks kepekatan hujan (precipitation concentration index, CI) digunakan bagi melihat taburan hujan setempat. Hasil analisis pertama menunjukkan terdapat hubungan linear yang positif dan signifikan antara bilangan hari hujan dan amaun hujan dengan nilai r >0.62 bagi kesemua kawasan kajian. Apabila diperkukuh hubungan ini dengan teknik pelicinan regresi menunjukkan keenam-enam kawasan kajian adalah linear namun tidak signifikan. Analisis ini disokong dengan ujian taburan hujan setempat yang menunjukkan kesemua kawasan kajian mengalami taburan hujan yang tidak seragam dengan nilai CI yang tinggi (>0.55) yang membawa kepada kewujudan peristiwa hujan besar. Kesimpulannya, analisis menunjukkan amaun hujan yang turun tidak lagi bergerak seiring dengan bilangan hari hujan hingga membawa kepada kehadiran beberapa peristiwa hujan besar.,Sarjana Sains
Pages: 130
Call Number: GBQC925.5.M4N847 2018 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119615+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.08 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.