Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457730
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAdi Irfan Che Ani, Sr. Dr.
dc.contributor.authorAhmad Rashidi Mohd Nasir (P53346)
dc.date.accessioned2023-09-12T09:12:37Z-
dc.date.available2023-09-12T09:12:37Z-
dc.date.issued2012-01-31
dc.identifier.otherukmvital:119445
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457730-
dc.descriptionPenilaian keadaan fasiliti merupakan sebahagian pengurusan strategik dalam menilai prestasi teknikal bangunan bagi memenuhi keperluan senggaraan jangka masa panjang. Dasar Pengurusan Aset Kerajaan (DPAK) telah menggariskan dasar dan strategi pengurusan aset kerajaan melalui Manual Pengurusan Aset Menyeluruh (MPAM) yang menjelaskan amalan, konsep dan tanggungjawab tersebut. Fasiliti berasaskan tandas atau ruang tandas merupakan satu bentuk fasiliti asas yang sangat penting didalam sesebuah bangunan. Kadar penggunaan yang kerap berikutan kehadiran pelawat dan jumlah kakitangan yang ramai seringkali mengakibatkan kepincangan berlaku terhadap fungsi ruang tandas seterusnya tahap ketersediaan ruang tandas seringkali dipertikaikan. Aspek kebersihan dan kefungsian merupakan matlamat utama senggaraan ruang tandas. Dalam kitar hayat penyenggaraan, terdapat peringkat kerja-kerja pemeriksaan bangunan yang diperlukan bagi memastikan status fizikal semasa bangunan. Dalam konteks yang lebih luas, teori penilaian bangunan turut menekankan aspek pemeriksaan bangunan berdasarkan tahap dan petunjuk prestasi yang bersesuaian. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti piawai penilaian bangunan sediada iaitu JKR, ASTM, QLASSIC, CONQUAS, RICS dan SIRIM seterusnya membangunkan rangkakerja konsep penilaian prestasi bangunan. Pemeriksaan fizikal pula dilakukan bagi menganalisis prestasi semasa ruang tandas di bangunan fakulti. Pemeriksaan keadaan bangunan telah dijalankan terhadap 66 buah ruang tandas di 3 buah bangunan fakulti di Universiti Kebangsaan Malaysia kampus Bangi, Selangor. Metodologi yang digunakan adalah kajian literatur intensif serta pemeriksaan fizikal berdasarkan alat pengukur keadaan bangunan Matriks CSP1. Hasil literatur mendapati pembangunan kriteria pemeriksaan haruslah berdasarkan kepada objektif utama penilaian prestasi bangunan, pemeriksaan yang menyeluruh dari segi teknikal dan nilai kepenggunaan meliputi aspek kesihatan dan keselamatan, fungsi, efisyen dan aliran kerja, psikologi, sosial, budaya dan estetik. Secara spesifik, kriteria pemeriksaan ruang tandas ialah struktur, senibina, mekanikal dan elektrikal, kerja luaran, kemudahan bangunan, kebolehsenggaraan dan operasi, kesihatan dan keselamatan, dan kefungsian. Secara teori, kriteria pemeriksaan perlu menepati keperluan objektif utama, dibangunkan secara padanan kepada piawai penilaian dan bersifat holistik. Hasil analisis berdasarkan data pemeriksaan mendapati terdapat hubung-kait dan faktor kerosakan tandas di antara blok, aras, pengguna, jenis, lokasi, komponen dan elemen. Berdasarkan frekuensi kecacatan, jenis kecacatan biasa pada ruang tandas ialah jubin lantai dan dinding kotor, retak kosmetik pada plaster dinding, bingkai pintu dan tingkap retak dan renggang serta kesan karat, kesan kulapuk pada daun pintu, papan siling yang tidak selari, hilang, reput, pecah, kesan tompokan air serta hampir jatuh, dan pemegang tisu rosak. Hasil kajian dapat membantu analisa kecacatan bangunan secara holistik seterusnya pihak pengurusan bangunan dapat membuat perancangan strategik penyenggaraan bangunan jangkamasa panjang.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
dc.rightsUKM
dc.subjectFacility management
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePenilaian ukur kondisi bagi ruang tandas bangunan institusi pengajian tinggi
dc.typetheses
dc.format.pages141
dc.identifier.callnoTH3361.A377 2012 3 tesis
dc.identifier.barcode002665 (2012)
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119445+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
674.7 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.