Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457729
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbu Bakar Sulong, Dr.-
dc.contributor.authorMuhammad Ilman Hakimi Chua Abdullah (P52147)-
dc.date.accessioned2023-09-12T09:12:36Z-
dc.date.available2023-09-12T09:12:36Z-
dc.date.issued2012-07-10-
dc.identifier.otherukmvital:119444-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457729-
dc.descriptionProses pengacuan suntikan logam adalah proses yang berkeupayaan menghasilkan komponen pada bentuk akhir melalui pembuatan pukal serta berdimensi persis dan bergeometri komplek. Melalui proses ini, proses sekunder seperti proses pemesinan tidak lagi diperlukan seperti produk yang dihasilkan melalui proses penuangan. Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak ketidakpastian dalam julat pengoperasian yang menyumbangkan kepada pembaziran bahan suapan bagi menghasilkan komponen akhir yang bebas daripada kecacatan serta ketumpatan dan kekuatan tegangan yang tinggi terutamanya melalui kaedah cuba jaya. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengoptimumkan parameter pengacuanan suntikan dan penyahikatan larutan berdasarkan teknik Rekabentuk Eksperimen (DOE) menggunakan kaedah Taguchi bagi menghasilkan jasad anum yang berkualiti tinggi sebelum proses pensinteran. Bahan suapan yang terdiri daripada serbuk keluli tahan karat (SS316L) bersaiz 16μm serta bahan pengikat yang terdiri daripada polietilenaglikol (PEG), polimetilmetakrilat (PMMA) dan asid stearik digunakan dalam kajian ini. Sifat reologi bahan suapan dikaji pada pembebanan serbuk 63v/o, 63.5v/o dan 64v/o bagi mengetahui kebolehsuntikannya. Berdasarkan sifat kebolehaliran dan tenaga pengaktifan, keputusan menunjukkan kesemua pembebanan serbuk adalah sesuai untuk disuntik, di mana pembebanan 64v/o memberikan nilai kebolehacuan yang paling tinggi dan pembebanan 63v/o memberikan nilai tenaga pengaktifan yang paling rendah. Kesan pembebanan serbuk serta lima parameter pengacuanan suntikan terhadap ketumpatan, kekuatan tegangan dan kecacatan dinilai melalui tatasusunan ortogan L18 berdasarkan kaedah Taguchi. Analisis varian (ANOVA) dilakukan bagi menentukan kesan signifikan parameter terhadap kualiti jasad anum. Kaedah Taguchi dan analisa ANOVA menunjukkan parameter pengacuanan suntikan yang optimum bagi menghasilkan jasad anum yang mempunyai kekuatan tegangan dan berketumpatan tinggi dengan kecacatan yang minimum adalah pada 64v/o (pembebanan serbuk), 60oC (suhu acuan), 145oC (suhu penyuntikan), 15s (masa padatan) dan 650bar (tekanan penyuntikan). Kekuatan tegangan dan ketumpatan yang tertinggi dicapai adalah 13.8MPa dan 5.485g/cm3. Parameter yang paling mempengaruhi bagi proses penyuntikan logam adalah suhu acuan. Kesan masa rendaman dan suhu penyahikatan larutan terhadap ketumpatan sampel penyahikatan larutan dianalisa melalui tatasusunan ortogan L25 pada dua faktor dan lima aras. Parameter optimum bagi penyahikatan larutan adalah pada suhu rendaman 61oC dan masa rendaman pada 5 jam dengan nilai ketumpatan yang paling tinggi ialah 5.828 g/cm3. Bahan pengikat yang tertinggal; PMMA dan stearik asid dikeluarkan melalui kaedah penyahikatan terma pada suhu 380oC dengan kadar pemanasan sebanyak 6oC/min. Kajian ini dapat menyimpulkan bahawa pengoptimumam parameter pengacuanan dan penyahikatan larutan berjaya dilakukan melalui kaedah Taguchi dengan peningkatkan sifat mekanikal dan fizikal jasad anum secara statistik.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPengacuanan suntikan logam-
dc.subjectSerbuk keluli tahan karat-
dc.subjectInjection molding of metals-
dc.titlePengoptimuman parameter pengacuanan suntikan logam (MIM) dan penyahikatan larutan bagi serbuk keluli tahan karat (SS316L)-
dc.typetheses-
dc.format.pages160-
dc.identifier.callnoTN695.M837 2012 3 tesis-
dc.identifier.barcode002666 (2012)-
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119444+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
782.93 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.