Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457725
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Marzuki Mustafa, Prof. Ir. | - |
dc.contributor.author | Mohd. Hairi Mohd Zaman (P52362 ) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-12T09:12:34Z | - |
dc.date.available | 2023-09-12T09:12:34Z | - |
dc.date.issued | 2012-07-30 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:119402 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457725 | - |
dc.description | Dalam kebanyakan kes, kehilangan pendengaran boleh diperbaiki melalui pendekatan penguatan amplitud. Walau bagaimanapun, alat bantuan pendengaran tersebut tidak memberi banyak manfaat kepada mereka yang mengalami masalah kehilangan pendengaran frekuensi tinggi (KPFT). Individu yang mengalami masalah kehilangan pendengaran jenis ini tidak boleh mendengar dan memahami suara dan bunyi yang mengandungi komponen berfrekuensi tinggi. Keadaan ini menyebabkan tahap kebolehfahaman pertuturan yang rendah. Meskipun bermasalah, mereka masih mempunyai rantau sisa pendengaran di spektrum frekuensi lebih rendah yang membolehkan mereka mendengar komponen suara berfrekuensi rendah. Tujuan utama kajian ini adalah untuk membangunkan satu kaedah yang membolehkan individu yang mengalami KPFT untuk mendengar komponen suara berfrekuensi tinggi dengan memampatkan spektrum frekuensi lebih tinggi ke rantau sisa pendengaran di samping mengekalkan kebolehfahaman pertuturan frekuensi rendah. Kajian ini menggunakan satu pendekatan pemampatan frekuensi tak linear untuk memampatkan spektrum frekuensi. Spektrum frekuensi tinggi mempunyai darjah pemampatan yang lebih tinggi berbanding spektrum frekuensi rendah. Pendekatan ini dipilih kerana ciri-ciri pertuturan seperti frekuensi forman yang penting untuk memahami suara berada di spektrum frekuensi yang lebih rendah. Pemampatan frekuensi tak linear menjelmakan sampul spektrum yang dijana melalui kaedah kepstrum dengan menggunakan satu fungsi pemampatan frekuensi tak linear ke atas vektor frekuensi. Frekuensi maksimum suara termampat yang diperlukan boleh diperolehi dengan melaraskan faktor pemampatan frekuensi tak linear. Pelarasan ini dibuat supaya spektrum suara termampat boleh dimuatkan dalam rantau sisa pendengaran. Kebolehfahaman pertuturan termampat dibandingkan dengan suara yang didengari oleh mereka yang mengalami KPFT. Untuk tujuan ini, suara yang didengari oleh mereka yang mengalami kehilangan pendengaran disimulasikan dengan menuras suara dengan satu penapis laluan rendah. Frekuensi potong penapis laluan rendah tersebut direka bentuk sama dengan frekuensi maksimum rantau sisa pendengaran. Ujian pendengaran dilaksanakan untuk mengukur kebolehfahaman suara menggunakan pangkalan data pertuturan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu untuk menguji dan menilai prestasi sistem. Keputusan kajian ini mendapati bahawa kaedah pemampatan frekuensi tak linear berupaya meningkatkan kebolehfahaman pertuturan bila dibandingkan dengan kaedah penurasan penapis laluan rendah. Di samping itu, kaedah pemampatan tersebut juga membolehkan frekuensi maksimum suara termampat berubah-ubah bergantung kepada tahap kehilangan pendengaran. Kesimpulannya, pemampatan frekuensi tak linear menggunakan jelmaan sampul spektrum boleh meningkatkan kebolehfahaman pertuturan kepada mereka yang mengalami KPFT.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Spektrum | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.title | Kaedah pampasan kehilangan pendengaran frekuensi tinggi menggunakan pemampatan frekuensi tak linear melalui jelmaan sampul spektrum | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 127 | - |
dc.identifier.callno | TK2551.M834 2012 3 tesis | - |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_119402+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.55 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.